Thursday, 22 September 2011

Kesian Faris

Semalam masa amik Faris dari sekolah dia mengadu sakit perut balik dan nak muntah tp bila tanya balik dia jawab 'takpe mama Faris boleh tahan'...ala ciannya anak mama nie. Lepas hantar Faris g umah mak...mama terus call papa bgtau yg Faris sakit balik. Papa decide nk bawak g Specialist gak lepas office hour. Petang tue balik mandi siap2 amik Faris and Dania dari umah mak terus bawak g Klinik Pakar Kanak-Kanak An-Nur. 


Rupa2nya Faris semput...dr cakap Faris tak boleh nk nafas dgn baik...tarik satu2. Sedey giler mama bila dr tanya tak perasan ke bibir dia biru etc etc etc. Maunya tak perasan Faris tak berapa ceria tak berapa aktif...lps tue badan Faris demam (suam2) tido tak lena skit2 jaga tp mama ingat sakit biasa je. Syukur Allah gerakkan hati papa nk bawak Faris g specialist gak. Lg satu yang buat mama sedey gak bila mama tanya napa Faris tak bgtau mama yang Faris tak bleh nak nafas....'Faris tak tau nk cakapla mama'....adusss :((


Lepas kena nebulizer barula dr kata Faris boleh nafas dengan elok wpun masih lemah lagi. Dan mama tgk Faris mula ceria bibir pun merah...:) Yang tak tahan tue banyaknya ubat nak kena makan...4 ubat dlm 5ml sedap2...yg satu tue pahit (ubat paru-paru) kena minum dlm 10ml...cian anak mama tp nak baikkan kena la makan.


Mama doakan Faris cepat sembuh, sihat seperti sediakala dan kembali ceria. Nanti bleh g sekolah dan main dengan kawan2...Apa2 pun mama bersyukur sangat2 walapun anak2 sakit tp sekurang2nya takde la sakit teruk...ujian Allah pada mama dan papa dalam membesarkan anak2.....:)



Read More




Sunday, 18 September 2011

Kenduri kawin

Hari Jumaat (Hari Malaysia - 16 Sept 2011) kami ke Taiping bg menghadiri majlis perkawinan Ayah Ed. We all stay kat Taiping Golf Resort. Yang tak ok nya Dania masih berak2 dan Faris demam n sakit perut. Ikut hati taknak pegi tp tak pegi tak bleh plak sbb abg yang kawin....adoiii.  Nasib baik la hari Sabtu tue Faris and Dania dah agak ok....syukur alhamdulillah. Lepas je kenduri hari Sabtu tue terus balik ipoh singgah umah Maktok dan Makngah....lps magrib bertolak balik ke kl. Sblum tue sempat la tapau popia ss ali dkt TKK tue...fuh syedapppnyaaa lps gian mama.....hihihihi









Read More




Thursday, 15 September 2011

Jamuan raya 2011

Hari nie jamuan raya kat sekolah Faris. Kena pakai baju melayu lengkap dgn samping dan songkok cuma takde keris je...hihihi. Faris bawak kuih lidah buaya (kuih yang ada gula) utk kawan2 dia. Kuih lain taknak bawak kuih yang sedap je...sukahati dia je. Sib baik la org yang buat kuih tue masih menerima tempahan klu idak haru nak g cari kuih tue...yg tak penah nampak jual di mana2 pun...sabar je la mama ngan awak nie Faris :)


Read More




Wednesday, 14 September 2011

The Cars 2

Jumaat lepas (9 Sept 2011) bawak Faris g tengok wayang citer 'The Cars 2'.  Sebelum kuar wayang lagi dia dah mintak dkt papa bawak g tengok...tak sangka bersungguh2 plak.  So last friday kami bawakla dia pergi....excited giler.  Dania....mmg tak ddk diam.  Naik pening nak melayan....tak takut langsung turun naik tangga...yang paling tak tahan siap pergi kat orang mintak popcorn....aduh dik wat mama malu je.  Terpaksa la kuar g beli...kiranya mama mmg tak concentrate la tgk citer tue sbb sibuk tgk Dania yang tak ddk diam.  Dah nak abis citer berak plak dia...aduiii adik!!

Sonok tgk Faris enjoy tgk citer nie...siap mintak nak tgk lagi....hihihi
Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML