Monday, 28 May 2012

Hati Tenang Apabila Sujud & Syukur KepadaNya....

Untuk dikongsi bersama...
Keredhaan akan membuahkan  rasa syukur yang merupakan  tingkat keimanan yang paling tinggi. Dalam tahap iman, rasa syukur itu adalah  puncaknya. Orang yang besyukur adalah orang yang paling menikmati hidup.  Mereka menjalani hidup dengan tenang setiap masa.
Setiap insan yang dilahirkan di muka bumi ini tidak pernah dapat lari daripada masalah. Masalah ini seolah-olah mengejar hidup setiap insan. Jika tiada masalah maka ia tidak boleh dinamakan kehidupan. Masalah ini kadangkala mampu meningkatkan diri kita sama ada dari segi kerjaya mahupun personaliti kita. Masalah juga kadang-kadang mendesak kita mengubah hidup kita seperti apa yang telah kita rancang sejak dari awal. Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, masalah pertengkaran dengan ibubapa, gagal dalam peperiksaan serta banyak lagi.
Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.
Para ulama’ dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah masih menerima amalan dan masih melihat mereka.
Mengamalkankan  sifat Syukur dalam kehidupan seharian membuatkan kita rasa tenang. Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.
Selain dari kita mensyukuri nikmat Allah, melakukan sujud syukur merupakan amalan sunnah. Sujud Syukur ialah satu sunnah yang ditinggalkan kepada kita untuk sujud dalam menunjukkan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah S.W.T atau atas terhindarnya seseorang dari marabahaya dan malapetaka. Bila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.
Firman Allah yang bermaksud :“ Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya faedahnya itu hanya terpulang kepada dirinya sendiri, (tetapi) sesiapa yang kufur ( tidak bersyukur)(maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. (Surah Luqman : 12).
Rukun sujud syukur adalah pertama, Niat keduanya, Takbiratul Ihram ketiga, Sujud (sekali sahaja) baca Allahu Akbar ketika bergerak sujud dan ketika bangun dari sujud dan di akhiri dengan  Salam.
Sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud syukur ini.
Oleh itu, kita semua digalakkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.
Dibawah ini  adalah ayat yang digalakkan dibaca sewaktu sujud :
سجد وجهي للذي خلقه وصوره وشق سمعه وبصره بحوله وقوته
Maksudnya: “ Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta”.
Akhir kalam,  betapa pentingnya kita bersyukur dan sentiasa istiqamah dalam mengabdikan diri dan beribadat kepada Allah. Kalau kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi Allah itu, nescaya Allah akan menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedari atau tidak. Satu amalan yang baik bagi menunjukkan kita bersyukur ialah dengan melakukan sujud syukur.Orang yang bersyukur juga tidak meninggalkan semua amalan fardhu yang disuruh dan melakukan amalan-amalan sunat kerana ia cinta kepada Allah dan cinta kepada Rasulullah. Tambah lagi dengan melakukan amalan sujud syukur ni adalah sunnah Rasulullah S.A.W.
Read More




Saturday, 26 May 2012

Aktiviti Tengah Malam...




Dari last week lg Faris minta buatkan dia puding mickey mouse. Sian plak tgknya so utk tidak menghampakan permintaan anak bujangku ini aku pun buatkan puding perisa honeydew utk dia n Dania. Enjoy ur puding kids...mama make it special for both of u...hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read More




Tuesday, 15 May 2012

YongTauFu...

Gara2 teringin giler nk mkn yongtaufu yg cedap ni aku sanggup mengharungi satu jam jammed utk ke pasar mlm bangi. Padahal kt Putrajaya pun ada pasar mlm gak tp ntahla ngada2 tekak ni nk yg dkt bangi gak...huhuhu. So marila kita menikmati makanan yg sedap ini. Rezeki Allah...alhamdulillah!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Read More




Genting Highlands....

Last weekend (12 & 13 Mei 2012) famili belah arwah suami wat ala2 famili gathering...berkumpul adik beradik kecuali yg di ipoh tak dpt turut serta.  We stay kt Genting Permai Apartment, quite big apartment tue ada 3 blk n besar2 gak blknya.  Its fun esp for my kids mmg nmpk happy sgt2...mandi kolam n main games kt atas puncak tue.  Nak naik kabel car tp tutup n nmpk bbrp outdoor games pun tutup sbb nk wat penyelenggaraan sempena cuti sekolah nie kut (i guess la....hahaha).  Takmo ckp byk sbb malas nk menaip biarkan gambar je yg menceritakan dgn lbh lanjut....heheee










































Read More




Thursday, 10 May 2012

Life is....

Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight it.
- Mother Teresa


Read More




Tuesday, 8 May 2012

Apakah Rahsia Lelaki Berjaya??

Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat!

“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.
Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?
  • Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
  • Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
  • Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
  • Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
  • Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
  • Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
  • Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
  • Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
  • Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
  • Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
  • Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?
Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…..
Siapakah si Dia yang bergelar Bini ?
  • Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
  • Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
  • Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?
  • Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
  • Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?
  • Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
  • Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?
  • Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?
Jawapannya ialah si ‘isteri’nya…..
Betullah kata Umar al-Khattab bahawa “Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya”.
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Kesimpulannya:
  • Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
  • Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.
  • Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.

Read More




Friday, 4 May 2012

Kerana Terlalu Sayang...

Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya.
Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya.
Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang.  Sayang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita berduka?
Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai.
Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat.
Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripada Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit.
Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak.
Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru, itu satu lagi ujian buat kita.
Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’.
Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang.
Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.
Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima.
Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima.
Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu.
Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan.
Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.
By: Hafizul Faiz
Read More




Tuesday, 1 May 2012

Visit KL With BFF...

Last 2 weeks adalah minggu yg agak menyedihkan...g tgk motor arwah di bengkel (first time tgk motor dia after the incident) and g melawat office arwah di KJ as his bosses wants to meet me n kids. Jumpa skali his team and one of them tell me how he feels so guilty because hes the one who asked arwah to come to the site that day. Seminggu he cant sleep n he admit hes been crying through the whole week.  But I told him that its not his fault.  Stop feeling guilty.  Pe yg berlaku telah ditakdirkan dan Allah lbh menyayangi dia dari kita semua. 

So today (30/4/2012) me and my bff Azlin Abu Samah has decide utk bercuti dan jalan2 ke KL. Supposed aku g bercuti dgn anak2 tp last minit tak jd. Well...never mind then sbb i have a great time today.  Dah lama giler tak turun KL then naik LRT pun terkial2.  Sib baik berdua klu srg2 mmg garu kepala la sbb tak reti....hahaha.  Firstly my bff ajak g PWTC sbb dia teringin nk g pesta buku tue.  Org agak ramai tp takde la sesak sgt maybe sbb today hari Isnin, working day and org pun dh ramai dtg time weekend kut.  Me n my bff beli buku 'Kisah-kisah Nabi' and she also bought a few books for her budak demutss. Dah lama giler cari buku psl kisah2 nabi nie finally dapat gak.  Boleh baca utk Faris n Dania utk dijadikan teladan :)

Then, we continue our visit to SOGO...hehehe.  Mula2 igt nk beli handbag tp tgk xde yg lawa sgt pun.  Ada yg berkenan tp mcm tak worth it la plak....mahaiii sgt!  so we further our step to   the next level....womans cloths...aha!!  As usually our taste mmg tak lari n mesti sama dr segi corak n kaler cuma size je berbeza...hahaha.  We bought some shirts, kemeja n seluar....lps tue menyesal napa tak beli dua sbb sgt sedap seluar itu.  Setelah kepenatan we make a pit stop dkt secret recipe utk isi perut :)

Around 4.30 kami bertolak blk ke KL Sentral then lepak lg dkt Starbucks Coffee pekena Mocha, Red Valvet n Char whoopie...so damn yummy!!!  Dah berminggu2 craving for pavlova n red valvet finally dpt gak red valvet. The next project cari pavlova plak....hehehe 

Wat a day.....iloike!!


Syukur alhamdulillah...aku gembira hari ini.
Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML