Pagi tadi seperti biasa hantar anak-anak ke sekolah. Lepas hantar Dania saja belek maklumat anak-anak yang cikgu tampal di depan pintu kelas.
Tengok maklumat Dania, dengan gambar dia yang taknak senyum tu dan juga butir-butir peribadinya. Aku perhatikan hanya Dania saja yang ada satu nombor, nombor hp ibu. Students lain ada nombor hp ibu dan ayah.
Tiba-tiba terasa sebak. Kesian adik hanya ada mama saja. Tapi takpe la adik sekurang-kurangnya masih ada mama. Masih dapat merasai kasih sayang seorang ibu.
Sebelum tu hari Isnin, kena lengkapkan maklumat abangnya pula cikgu minta disertakan sekali surat beranak dan sijil kematian jika anak yatim.
Walaupun dah nak masuk 5 tahun kehilangan dia, menjalani kehidupan tanpa dia...perasaan sedih, pilu dan rindu masih menghantui diri ni. Bukan mudah sebenarnya untuk melupakan. Malah tak mungkin berjaya melupakan semua ni. Luka dihati mungkin dah sembuh walaupun tak sepenuhnya tapi parut yang tinggal tu memberi kesan yang mendalam seumur hidup aku dan anak-anak.
Aku mohon pada Allah semoga Allah mengurniakan aku umur yang panjang dan kesihatan yang baik supaya aku dapat menjaga dan mendidik anak-anakku sehingga selesai tanggungjawab aku terhadap mereka...Amin

