Wednesday, 18 December 2013

Ulangtahun Yang Ke 9...


18 Disember 2004 
Terlalu gembira sehingga tak dapat digambarkan betapa gembiranya diri ini apabila sudah sah menjadi milik si dia.  Akhirnya hubungan cinta yang terjalin sejak dibangku sekolah (tahun 1994) akhirnya ke jinjang pelamin jua.  Walaupun pernah terputus hubungan hampir 2 tahun tapi kalau dah jodoh tak kemana jua.  Dengan dikurniakan dua orang cahayamata sepasang pula tue menambah kegembiraan buat kami berdua.  Tapi benarlah jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Yang Maha Esa.

3 Disember 2011
Tarikh yang telah merubah segala2nya.  Diriku menjadi balu dalam usia 31 tahun manakala anak-anakku menjadi yatim dalam usia yang begitu muda.  Si kecil masih menyusu badan lagi.  Suami tercinta telah kembali ke rahmatullah, kembali ke penciptaNya tanpa meninggalkan apa-apa pesanan buat diriku dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan ini.  Tapi aku sebagai hamba Allah tetap redha dengan ujian ini walaupun begitu berat begitu payah untuk aku menerima hakikat yang satu ini.  Bukan mudah apabila kita kehilangan orang tersayang apatah lagi seorang suami.  Suami yang bagiku sangat baik dan bertanggungjawab tapi aku tau de hikmah yang tersembunyi yang Allah tau.  Dia tau apa yang terbaik buat aku dan anak-anak.

18 Disember 2013
Hari nie genap ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 dan juga ulangtahun kelahiran dia yang ke 33.  Walaupun dia telah tiada disisi tapi kenangan bersama dia masih terpahat teguh diingatanku.  Masih terbayang-bayang suara dia masih jelas wajah dia yang sentiasa bermain-main ditelingaku dan dimataku ini.  Kasih sayang yang pernah dicurahkan buat diriku dan anak-anak masih aku terasa sehingga kini.  Dan kasih sayang itulah yang memberi aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini membesarkan anak-anak dan mendidik mereka agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah agar dapat membantu kami di sana.

Walaupun tak dapat berhubung dengan dia secara bersemuka hanya doa menjadi penghubung kami berdua.  Semoga Allah mengizinkan aku untuk terus bersama dengan dia di Jannah nanti.

Mengenali awak adalah satu perkara yang terindah bagi saya.  Saya tengok gambar awak bila saya ingat awak, saya mengingati kembali kenangan kita bila saya merindui awak dan automatik semua itu akan membuat saya tersenyum. Semenjak awak pergi dari hidup saya semua yang saya baca, lihat dan dengar secara automatik akan membuat airmata saya mengalir.  Saya terlalu rindukan awak, senyuman awak, tawa awak, gurau senda awak. Rindu awak sangat-sangat.





credit to my lovely sister SSH...Kak Mimie Nur Shafiqa. TQVM for everything!


Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML