Sekarang nie orang lebih suka beli barang melalui online. Lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang (parking/minyak kereta/benda2 yang tiada dalam senarai). Lagipun kita boleh mengambil berapa banyak masa yang ada untuk belek2 barang, bandingkan harga dan juga untuk berfikir samada wajar atau tidak beli barang tue. Aku adalah salah seorang yang minat sangat beli barang online sebabnya seperti yang dinyatakan di atas tue la. Tambah plak aku mmg selalu takde masa dan tak cukup masa dan taknak terkejar2 ke sana ke mari.
Masa balik raya haritu adalah meluahkan rasa letih nak uruskan keluarga sorang diri. Terkejar ke sana ke mari...macam dah tak cukup kaki tangan tenaga dah. Semua dah dikerah habis-habisan. So kakak suggest beli barang rumah yang sebulan sekali tue secara online. Tesco de buat dan dia dah cuba memang sangat mudah dan menjimat masa, tenaga dan wang. Siap hantar depan rumah lagi. Cash tidak diterima hanya kad kredit or debit kad sahaja untuk proses pembayaran.
Nak dijadikan cerita semalam aku pun bukakla laman web tesco dan mula register untuk beli online. Alhamdulillah tesco cover kwsan Putrajaya ni untuk delivery. Memang seperti yang dikatakan sangat senang even barang basah pun boleh juga. Tapi aku takdela beli barang basah yang tue rasanya lebih elok g kedai pilih sendiri. Aku order barang2 seperti minyak masak, beras etc etc etc....dan yang paling penting aku tak perlu turun naik rumah 2, 3x semata2 nak bawak naik barang maklumlah duduk rumah bertingkat2. Beli barang pun confirm ikut 'list yang hendak dibeli' je. Kita boleh pilih time slot lagi pukul berapa nak diaorang hantar.
Actually aku pilih hantar pada hari nie (30 Ogos 2013) pukul 8.00pm - 10.00pm. Pada pukul 6.30pm aku terima call tanya ada dirumah tak sebab diaorang nak hantar sekarang. Kita pun ok je sebab memang ada kat rumah pun time tue. Lagi satu kalau barang yang kita order takde stock diaorang akan bg choice barang lain dengan harga yg sama atau lebih kurang sama dan terpulang pada kita nak atau tidak. Sementara tunggu resit bayaran sembangla sekejap dengan orang tesco nie. Rupanya yang cover area Putrajaya, Tesco Puchong dan kalau diaorang ada di area berdekatan diaorang akan hantar sekali walaupun kita pilih time lain. Tue yang diaorang call tanya kita ada di rumah tak sebab diaorang kena delivery barang area putrajaya time tue dah alang2 hantarkan sekali.
Alhamdulillah tugasku makin lama makin menyenangkan. Kurang satu tugas so bolehla rehat sikit. So next month boleh buat lagi ek. Walaupun bukan semua barang boleh dibeli secara online tapi sedikit sebanyak beban dibahu ku berkurangan sedikit.
