Start Khamis minggu lepas mata nie dah mula merah and gatal-gatal. Hari nie makin teruk. Masa bos pergi meeting officemate bawa ke klinik. Confirm ada infection pada mata. Mulanya Doktor bagi MC jual mahal sebab dah datang kerja pun rasa rugi plak. Tapi bila Doktor kata 'I bagi you 2 hari MC' terus 'OK Doktor'.
Alhamdulillah takdela teruk sangat tapi memang merah, gatal, pedih dan berair especially kalau kena cahaya matahari. Sampai keluar air hidunglah...huhuhu. So lepas settle hal anak-anak bolehla balik rumah dan tidur bagi mendapatkan rehat yang secukupnya untuk mata ni.
Semoga sakit mataku ini tidak memudaratkan. Dan semoga Allah menyembuhkan sakitku ini dengan cepat....AMINNN
