Sunday, 28 July 2013

Anak oh anak!

Dah lama sangat tak update blog guna hp. Sebenarnya kalau guna hp lagi cepat n mudah...menjimatkan masa pun iya.

Nak cerita sikit pasal anak bujangku. Tadi masa dia tengah2 main tiba2 dia berlari masuk dalam rumah tutup pintu sekuat hati. Tanya dia kenapa...

Faris : Ada budak pukul faris dengan besi.
....tersirap darah nie dengar.

Me : Allahuakbar...faris buat apa sampai dia pukul dgn besi.

Faris : Takde buat apa pun. Faris tgh main dgn ....... tiba2 je dia datang terus pukul.

Me : Sapa budak tu?

Faris : (d.......).
.....ok I know that boy, budak darjah 2 mmg nampak mcm budak yg bermasalah pun.

Lps tu kawan2 yang main dengan faris pun cakap budak tu tiba2 je datang terus pukul. Macam samseng plak dah. Yang lain2 bertempiaran lari masuk umah masing2.

Then bila aku tgk dibawah nampak budak tu tgh pegang besi (budak tu tgl di aras bwh rumah kami je). Aku jerit skit dr atas tanya napa pukul faris. Dia buat salah ke? Tp budak tu terus lari masuk umah. Nampak adiknya...adiknya darjah 1 sebaya faris. Tanya soalan yg sama, dia x tau napa abg dia pukul faris.  Tanya dia mak ada...budak tu mengangguk. Rasa mcm nk pegi je jumpa tp kang kata kepoh sgt plak.

Takpe2 next time klu de jumpa maknya dlm lif nak cakap benda ni. Tapi nak kena tau sapa maknya dulu. Nasib baik dia pukul tangan kalau kepala dh boleh nak saman nieh...hihihi. Apa2 pun syukur sebab tangan faris hanya bengkak n lebam skit je. Tahun depan darjah 2 nak suh dia bljr taekwando. Jangan dia g belasah orang sudah.

Read More




Thursday, 25 July 2013

Masa Yang Terhad Atau Malas??

Dah lamanya tak update blog nie. Kalau diikutkan macam2 entry ada tapi takde masa nak buat.  Drama-drama korea yang dah abis tengok, keletah anak-anak, novel2 menarik yang dah settle dibaca, resepi2 yang aku masak selama nie dan macam2 lagila. Kadang2 terfikir gak takde masa ke atau malas sebenarnya?  kemungkinan kedua2 nya skali.  Tambah2 bulan puasa nie lagila nak mengadap komputer memang malas rasa nak baring je lepas berbuka tue.  Hopefully nanti datangla kerajinan tue dan masa pun ada extra selepas melayan anak2.




Read More




Friday, 5 July 2013

Doaku Pada-Mu #2


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku

Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya
sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil
Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan
dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih...

Amin Ya Rabbul Alamin...




- Ustaz Don Doniyal



Alina Aremie
18 Dec 2004


Read More




Wednesday, 3 July 2013

Bila Hati Berbicara #4


Kau hadir tanpa ku sedari
Mengisi kekosongan hati
Kini kau pergi tinggalkanku
Lemasku dalam sepi
Hujan yang turun ke bumi
Membawa rindu yang menggunung
Kau biarkan ku sendiri
Malamku tanpa mimpi
Hingga kini ku masih mencari...dirimu
Disebalik kenangan lalu
Merindu tanpa henti, tapi...
dirimu tak dapat ku dakap dalam terang
Cuma kupeluk dalam bayangan






18.12.2004



Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML