Wednesday, 28 December 2011

28 Disember 2011

Dalam perhubungan, ibaratkanlah ia seperti kaca. Jika terlalu erat digenggam ia akan pecah dan melukakan diri. Jika pecah, walau dicantum kembali, ia tidak seperti asal lagi.
Maka berhati-hatilah mencintai,
wanita ini dari rusuk kiri yang bengkok.
Jika terlalu keras memaksa ia akan patah, dengan hikmah sahaja ia dapat dibentuk. Terciptanya bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan jua dari kaki untuk dialasi.Tetapi dekat di bahu untuk dilindungi, dekat di hati untuk dicintai, dekat di sisi untuk menjadi teman sejati.


ada terbaca ayat ni di fb member (thanx to julianawati) dan sgt menarik utk dicopy paste kan...hihihi.  tp persoalannya jika tempat utk berlindung, tempat utk menyintai dan tempat utk menjadi teman sejati telah hilang apakah akan jd pada wanita itu??  aku selalu terfikir masih adakah yg sudi melindungi diriku dan anak2...masih adakah yg sudi menyintaiku dan anak2 dan masih adakah yg sudi menjadikan ku sebagai teman sejati setelah aku dan anak2 kehilangan org yg menyintai, melindungi kami selama ini.  Jawapannya pasti ada iaitu Allah...Dia yang akan menyintai aku dan anak2...melindungi aku dan anak2 dan menjadi teman sejati buatku dan anak2...itu tidak dpt disangkal lagi...tp sebagai manusia biasa yg mempunyai banyak kekurangan dan sebagai insan yg lemah...aku tewas dgn perasaan aku sendiri...merindui gelak tawa usikan senda gurau suamiku...pendek kata merindui segala2nya tentang suamiku...terbayang2 segala kenangan bersama...bleh gila dibuatnya.  Ya Allah kau bantula aku dalam meneruskan kehidupan yg penuh dugaan ini bersama2 dgn anak-anakku....amin!!
Read More




Thursday, 22 December 2011

Andai dia pergi dulu sebelummu...

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.
Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.
Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.
Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 
Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.
Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.
Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi.  Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.
Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  
Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.
Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil  pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.  
Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?
Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun,  aku  tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.
Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.
Read More




Monday, 19 December 2011

New Life...

Hari ni aku dh mula keje...mula menjalani kehidupan seperti biasa.  Right now I'm staying with my sister at kajang. Taknak menyusahkan orang tp have no choice sbb diri ni masih tak kuat...masih terbayang2 arwah di rumah tue masih meratap hiba atas kehilangan arwah bila berada di rumah tue...and the most important thing is Faris....dia sendiri mintak nk stay ngan makyang....Faris takde kawan papa dah takde....keciannya pada anak kecil itu. Begitu merindui papanya dan terasa kehilangan papanya tapi tak tau mcmana nk luahkan...:( mama pun begitu sayang...masih dan tetap merindu papamu...setiap malam tidur mama bertemankan airmata dan gambar papa dan mama akan terlena dalam tangisan sambil peluk gambar papa....:(

Walau bz macamana skalipun hatiku tetap tak tenang tetap teringat pada arwah...setiap masa setiap saat akan ku belek hp ku wpun aku tau takkan ada lagi sms or call dr arwah bertanya kabar aku waktu pagi dan beritahu aku pd waktu petang blk lewat or awal....sedih sgt2 bila takde tempat utk aku mengadu betapa penatnya aku hari tue...

Dalam kereta mix.fm ada putarkan lagu All My Life by KC & Jojo....menangis aku dlm kereta kerana itu lagu yg arwah berikan pada aku...dan aku masih ingat dia nyanyikan lagu tue utk aku kt karaoke di mines...masa tue aku tgh sarat mengandungkan Faris.  Dia paksa aku temankan dia menyanyi utk lepaskan gian katanya...indahnya saat2 tue...aku bahagia menjadi isteri dia dan mama kpd anak2 dia....wpun jodoh ku tak panjang bersama dia tp aku begitu bahagia dan aku bersyukur kerana diberi kesempatan utk menikmati kebahagian bersama arwah wpun hnya seketika....

Faris & Dania adalah penguat semangatku...Faris membesar seperti arwah dr segi perwatakan, gaya, makanan kegemaran segala2nya ada pd Faris dan Dania pula mirip arwah ms arwah baby...Memberku Anis Zayda ada beritahu pada aku...Faris bawa ingatan & kenangan...Dania pula adalah semangat & masa depan...


Masih adakah sinar bahagia buat diriku dan anak2...?? Ya Allah...ko tunjukkanla jalan menuju kebahagian kepada ku dan anak2....kerana aku begitu memerlukannya....AMIN


I will never find another lover sweeta than you,
Sweeta than you
And I will never find another lover more precious than you
More precious than you
Girl you are 
Close to me you're like my mother
Close to me you're like my father
Close to me you're like my sister
Close to me you're like my brother
You are the only one my everything and for you this song I sing

And all my life 
I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life 
I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too

I said you're all that I'm thinkin' of.....baby

Said, I promise to never fall in love with a stranger
You're all I'm thinkin' of, I praise the Lord above
For sending me your love, I cherish every hug
I really love you

And all my life, baby, baby, I've prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you, baby
All my life I've prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me

You're all that I ever known 
When you smile, on my face, all I see is a glow
You turned my life around 
You picked me up when I was down
You're all that I ever known 
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
You're all that I ever known 
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down 
And I hope that you feel the same way too
Yes I pray that you do love me too

All my life 
I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
All my life I've prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I've prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too 


Read More




Sunday, 4 December 2011

3 Disember 2011

3 Disember 2011...tarikh yang tidak akan aku lupakan buat selama2nya. Tarikh di mana kehidupan aku dan anak2 telah berubah sama sekali.  Tak pernah ku sangka akan menerima nasib sebegini.  Aku dan anak-anak telah hilang tempat bergantung, tempat bermanja, tempat berpaut, tempat mengadu.  Suamiku Mohammed Suhaimi Wasi bin Zainal Ariffin telah dijemput Ilahi untuk kembali ke sisiNya di saat2 aku dan anak2 masih memerlukannya.   Ditinggalkan suami secara tiba2....ditinggalkan suami dalam usia yg muda...ditinggalkan suami tatkala masih memerlukan kasih sayang dia...ditinggalkan suami tatkala anak2 masih kecil dan blum mengerti apa2.   Terlalu berat beban yg ditanggung ini dan terlalu besar dugaan yang Allah berikan padaku tapi aku tahu dan yakin segala2nya ada hikmahnya dan Dia Maha Mengetahui.  


Terima kasih tak terhingga kpd kawan2, saudara mara yang sentiasa bersama dan memberikan kata2 perangsang dan juga doa utk aku meneruskan kehidupan yg amat mencabar ini.  Telah ditakdirkan sejak azali yg arwah akan meninggalkan kami pada umur dan masa yg dijanjikan....jd aku kena redha dan tabah dlm menghadapinya. ...semoga aku kuat dalam menjalani kehidupan yang akan datang ni...dan aku akan besarkan anak2 seperti yg diminta dan diingini oleh arwah kerana mereka berdua adalah harta yg tak ternilai yg arwah berikan padaku....kasih sayangnya dan kebaikannya padaku akan sentiasa aku kenang dan aku hargai...dia adalah seorang suami dan papa yang baik dan penyayang...yang pastinya cinta arwah padaku dan anak-anak sehingga ke akhir hayat dia dan aku mohon kepadaMu Ya Allah semoga aku pun begitu.  Semoga arwah tenang dan bahagia di sampingMu dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...amin!! 


     
Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML