Saturday, 29 January 2011

Lagi sekali....

Ayahcho n Wancho dtg umah bawak kek nk celebrate birthday Faris....skali lagi.  Suka sgt2 dia especially kek tu de patung doreamon plak.  Untung Faris...org sambut birthday skali je dia berkali2. Itu tandanya ramai yang sayang kat Faris so kenala jd good boy sentiasa.  Anyway thanx to Ayahcho n Wancho sbb sudi melayan kerenah Faris....Happy Birthday Faris!!!







Read More




Sunday, 23 January 2011

Happy birthday Faris (5 years)

Birthday Faris tahun ni disambut 2x...di sekolah n dgn famili.  Excited dia menolong sediakan goodies utk kawan2.  Di sekolah kek disponsor oleh cikgu...sedap katanya. Tahun lps tempah kek dgn auntie Farah tp tahun nie auntie Farah sibuk so mama tempah cupcakes kt member uitm, auntie Masz....sgt sedap cupcakes tue...next time bleh la tempah lagi....hihihi





Read More




Monday, 3 January 2011

First day sekolah

Hari nie Faris ke sekolah buat pertama kalinya.  Bangun pagi tak menangis...gud boy.  Hantar pegi sekolah dgn papa...nampak excited mukanya.  Sampai ke kelas malu-malu anak terunaku...bagus.  Berkenalan dgn cikgu kelas Faris...Cikgu Azia namanya.  Quite ok gak cikgunya.  Masa cikgu mula halau ibubapa sekalian yg ada masa tue nampak muka Faris dh berubah nak teriak pun ada tp nasib baik papa dia pujuk ckp baik2 dengan dia...alhamdulillah tak jd menangis....klu idak haru.  Masa mula nk tinggalkan sekolah tue tiba2 rasa sebak sbb rasa mcm dia dah besar tp kenala terima kenyataan yang anakku tue semakin membesar.  Mama n papa doakan semoga Faris akan menjadi anak yang baik dan bijak ye sayang.





Read More




Saturday, 1 January 2011

Dania Izazi

Pada 24 Jun 2010 lahir plak anakku yang kedua yang diberi nama Dania Izazi oleh papanya.  Seperti abangnya Dania dilahirkan di Hospital Putrajaya pada pukul 9.10 pagi.  Alhamdulillah kali nie pun sama sakit tak lama.  

Masa tue time piala dunia tp aku tak igt team mana lawan.  Aku mula terasa lain macam dalam pukul 4 pagi...aku bangun pegi toilet tgk kuar darah dan time tue dh mula rasa sakit.  Aku mandi siap2 barang then aku intai umah pengasuh dh bangun ke tak sbb nak hantar Faris.  Aku tgk umah pengasuh masih gelap so aku kejutkan hubbyku dan bgtau dia aku nk beranak dh nie....hihihi.  Sementara tunggu hubby mandi aku bancuh milo n makan roti skit.  Dalam kul 6 aku terpaksa gak la hantar Faris sbb dh sakit sgt n sampai hospital dlm pukul 6.50 pagi.  Dr check tgk dh bukak 6cm pe lagi kelam kabut la diaorg....tp alhamdulillah sumanya berjalan dengan lancar kecuali uri melekat dan aku terpaksa dibawa ke dewan bedah utk mengeluarkan uri.  

Aku berkongsi kegembiraanku bersama 2 orang sahabat baikku yang amat aku sayangi iaitu lyin dan imah...wpun time tue lyin jauh di australia tp aku xlupakan dia....hehehe.  Skali lagi hubbyku seronok kerana dapat baby girl yg sihat dan sempurna.  Syukur padaMu skali lagi Ya Allah diatas anugerahMu yang tak ternilai rasanya kerana menganugerahkan kami sepasang anak yang sihat, cergas, sempurna dan cerdik....Syukur alhamdulillah.....





Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
Read More




Faris Azfar

Faris Azfar anakku yang sulung.  Lahir pada 23 Januari 2006 pada pukul 3.10 petang di Hospital Putrajaya.  Alhamdulillah sakitku tak lama bermula pada pukul 9 pagi pada hari yang sama.  

Yang tak tahannya sakit di ofis plak masa tue.  Aku igt lagi time tue aku bekerja di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan bos yang aku jaga ialah En. Shukran Ibrahim...kelam kabut dia.  Yang hantar aku ke hospital ialah Pn. Siti Noor and Kak Lin...thank you soooo much to both of them....jasa uols akan dikenang sentiasa.  

Suka hubbyku masa tue dapat anak sulung lelaki...syukur pada Yang Maha Esa atas segala kurniaannya dan akan kujaga anugerahmu itu Ya Allah dengan sebaik mungkin....insyaallah.  Mama dan papa sayang faris always and forever.....muuuaaahhhh





Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com
Read More




Welcome...

Blog ni aku buat sebagai tempat untuk aku bercerita, meluahkan perasaan, berkongsi segala suka duka dan kenangan untuk diriku dan mungkin anak-anakku...semoga setiap kenangan dapat diabadikan dan menjadi satu memori yang sangat indah dan berharga...muaaahhhh!!!!!!!!!






My Family from WiddlyTinks.com
Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML