Pada 24 Jun 2010 lahir plak anakku yang kedua yang diberi nama Dania Izazi oleh papanya. Seperti abangnya Dania dilahirkan di Hospital Putrajaya pada pukul 9.10 pagi. Alhamdulillah kali nie pun sama sakit tak lama.
Masa tue time piala dunia tp aku tak igt team mana lawan. Aku mula terasa lain macam dalam pukul 4 pagi...aku bangun pegi toilet tgk kuar darah dan time tue dh mula rasa sakit. Aku mandi siap2 barang then aku intai umah pengasuh dh bangun ke tak sbb nak hantar Faris. Aku tgk umah pengasuh masih gelap so aku kejutkan hubbyku dan bgtau dia aku nk beranak dh nie....hihihi. Sementara tunggu hubby mandi aku bancuh milo n makan roti skit. Dalam kul 6 aku terpaksa gak la hantar Faris sbb dh sakit sgt n sampai hospital dlm pukul 6.50 pagi. Dr check tgk dh bukak 6cm pe lagi kelam kabut la diaorg....tp alhamdulillah sumanya berjalan dengan lancar kecuali uri melekat dan aku terpaksa dibawa ke dewan bedah utk mengeluarkan uri.
Aku berkongsi kegembiraanku bersama 2 orang sahabat baikku yang amat aku sayangi iaitu lyin dan imah...wpun time tue lyin jauh di australia tp aku xlupakan dia....hehehe. Skali lagi hubbyku seronok kerana dapat baby girl yg sihat dan sempurna. Syukur padaMu skali lagi Ya Allah diatas anugerahMu yang tak ternilai rasanya kerana menganugerahkan kami sepasang anak yang sihat, cergas, sempurna dan cerdik....Syukur alhamdulillah.....

Photo Tinks by WiddlyTinks.com
No comments:
Post a Comment