Friday, 30 March 2012

Pizza Hut ♥

Dah lama giler tak makan pizza since my husband passed away. Kebetulan hari nie lunch g alamanda tgh2 jalan belek2 kedai kasut ternampak pizza n ladies nie pun dah lama tak makan gak so pe lagi laju je la langkah kami ke pizza hut. 


Walaupun ramai org tapi agak laju gak la diaorg served klu nk dibandingkan dgn satu ketika dahulu. Sblm order rasa mcm nak makan semua sbb lapar giler breakfast tak sempat cos masuk lambat tp baru pekene sepinggan spagethi langsung tak bleh nk masuk pe dh even nk abiskan segelas air pun mcm dipaksa2 utk telan. Punyala kenyang sampai dlm kereta otw blk ofis yg tak sampai bbrp minit tue je bleh terlelap mata ni....alhamdulillah!! Syukur atas nikmatNya pada hari ini. 




                                                                 YUMMY!!!
Read More




Thursday, 29 March 2012

Entri using hp ♥

My first entri using hp....nampak gayanya sgt success...bleh bg my laling azlin samah jeles...huhuhu

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read More




Wednesday, 28 March 2012

Taman Sutera...

Minggu nie minggu terakhir Faris bersekolah di Smart Readers Kids n mengaji di Taman Sutera, Kajang. Starting April kami akan berpindah blk ke Putrajaya. Cuba utk hidup bertiga tanpa papa di sisi. Yes...hidup perlu diteruskan wpun sesukar mana skalipun. Ada hikmahnya setiap yg berlaku. Untuk menjadi kuat kena berhadapan dgn masalah bkn lari dr masalah. Kami bertiga perlu menerima hakikat yg ini adalah takdir kami. Sudah tertulis sejak azali yg kami akan menerima dugaan seperti ini. InsyaAllah...Allah takkan membiarkan kami bertiga keseorgan...Dia menguji kami kerana Dia syg akan kami...♥

Ini tempat mengaji Faris

ceria di pagi hari




Read More




Tuesday, 27 March 2012

Tomyam ♥

Pada kedinginan pagi ini aku tiba2 craving for tomyam. Hujan turun dari pagi dan cuaca pun ala2 'klu de bantal n blanket nie sgt la syok giler' tp pe bleh buat kena keje utk mencari rezeki yg halal sambil2 mengupdate blog...heheee. Disebabkan cuaca yg sgt menyejukkan (tambah ngan aircond ofis), mendamaikan, memendungkan (new word)...hehehe, aku terbayang2 wajah si tomyam nie.  Tomyam???....waa sgt menarik tue tapi takde teman nk diajak takkan nak makan sorang2 kut takde feeelll la. So the first thing yg aku perlu buat ialah cari mangsa utk temankan aku mkn tomyam dan yg kedua g kedai tomyamla pe lagi kan....so better stop now sbb nk g cari mangsa dan siapala yg malang itu kan kan kan???

To Be Continue....

K dah jumpa pun mangsanya and dah kekenyangan pun....brruppp!! alhamdulillah.  Thanx to these beautiful ladies yg sudi menjadi mangsa.  Nanti kita pegi lagi ek....hehee





Read More




Friday, 23 March 2012

Masa Untuk Diri Sendiri ♥


Andai peribadi sudah dihiasi dengan kelebihan kesan ibadat yang pelbagai, keislaman seseorang Muslim belum cukup sempurna lagi sehinggalah dia memperuntukkan sebahagian daripada masanya, dari semasa ke semasa , untuk beruzlah. Apakah makna uzlah? Uzlah ialah mengasingkan diri daripada kesibukan dunia, bersunyi-sunyian seorang diri sambil bermuhasabah, mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memikirkan tentang alam, bukti keagungan-Nya.

Mengapakah kita disarankan untuk menguzlahkan diri? Kerana pada nafsu kita ada penyakit-penyakit  yang tidak akan terputus kejahatannya kecuali dengan ubat uzlah. Sifat-sifat seperti takabbur, ujub, hasad, riak dan cinta dunia umpama raja yang bertakhta pada nafsu dan menggelegak di dasar hati. Misinya untuk  menghancurkan Muslim sentiasa “on” meskipun zahir si empunya diri terserlah dengan amal soleh dan ibadah yang hebat.

Bagaimanakah aktiviti uzlah mampu menjadi ubat kepada penyakit-penyakit yang tersembunyi di dalam hati? Cukuplah sifat takabbur sebagai contoh …Sabda Rasulullah SAW kepada Abu Dzar bermaksud,  "Takabbur itu ialah meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu." Makhluk pertama yang diserang dan menjadi mangsa virus takabbur ialah Iblis laknatulLah. Akibatnya, dia tergolong dalam golongan orang kafir, terhina dan tidak layak tinggal di syurga.

Semasa beruzlah, kita memuhasabah diri, kita kenangkan kembali kata-kata ulamak, “Asal kamu adalah  daripada setitik air yang hina. Kemudian kamu akan berakhir menjadi bangkai (mayat) yang busuk. Dan antara kedua-duanya, sepanjang hayat kamu, kamu menanggung kekotoran (najis) di dalam perut kamu."
Kita kembali menginsafi bahawa apa sahaja kelebihan yang ada pada kita - ilmu, ibadah, amalan, keturunan, keelokan rupa paras, kekayaan, kekuasaan, kekuatan dan pengaruh – adalah kurniaan Allah SWT. Semuanya tidak bernilai sekiranya kita tidak menggunakannya untuk mendapatkan kasih sayang-Nya.
Bayangkan juga azab yang menunggu orang yang takabbur di akhirat sana…

Mengingatkan diri dalam suasana yang hening, jauh daripada kesibukan dunia dan dilakukan secara berulang-ulang akan menggugurkan penyakit-penyakit hati dan menghidupkannya dengan cahaya. Cahaya inilah yang memberi kuasa kepada kita untuk memilih yang hak dan meninggalkan yang batil, moga sebarang kelalaian tidak lagi mampu mengotorkan cermin hidup kita.

Tidak perlu ke gua untuk bertapa, tidak perlu juga meniru cara meditasi orang lain. Islam sudah menyediakan waktu-waktu untuk kita memutuskan diri daripada dunia dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antaranya dengan menunaikan solat, mendirikan qiamullail dan beriktikaf di masjid.

Sediakanlah masa untuk diri sendiri, Insya Allah, kita akan ada masa untuk orang lain. Masa untuk memaknakan hidup.
Read More




Tuesday, 20 March 2012

Semalam ♥

Semalam sebelum tido tiba2 je Faris ckp....

"Mama...Faris ingat sangat2 la kt papa. Mama ingat kat papa tak?"...

"Mama ingat sayang...ingat sgt2 gak".

"Faris xnak tido la...nanti papa datang Faris nk tgk papa. Faris nak bukak je mata nie".

Wahai anakku...sedihnya hati mama dgr Faris cakap mcm tue.  Tp apa yg mama bleh buat...mama tak terdaya sayang. Mama pun klu bleh nak jumpa papa lagi nak bersama kembali tp mama takde kuasa nak wat suma tue. Itula adalah takdir kita sayang....ada hikmahnya mengapa Allah amik papa sewaktu kita semua masih memerlukan kasih syg dia...sewaktu Dania masih lagi kecil masih sgt2 belum puas bermanja dgn papa tp bersabarla sayang.  Apa yg mama mampu buat hanya berdoa mohon Allah kuatkan hati kita dan supaya kita terus tabah, redha dan pasrah dlm menghadapi dugaan dan ujian nie. Mama tau Faris rindu sgt2 pada papa...mama lagila sayang tp mama pun tak tau nk wat camne. Semoga kita semua dilimpahi rahmat dr Nya dan semoga kita diberi ganjaran dan pahala di atas penderitaan dan kesedihan yg kita tanggung ini. Apa pun yang pastinya Allah sayangkan kita sbb tue kita diuji dan Allah tau kita kuat n mampu tempuhinya dengan tenang...marila kita sama2 doakan kesejahteraan papa di sana. Semoga kita semua dapat berjumpa dan bersama dgn papa di akhirat nnt.

Mama sentiasa sayangkan Faris dan Dania.  Both of you adalah harta papa yg paling bernilai yg papa tinggalkan pd mama utk mama jaga. Papa nk Faris n Dania jd anak yg soleh solehah, yg bijak pandai dan mama harap Faris dan Dania bleh jaga mama satu hari nanti....insyaallah!!
Read More




Tuesday, 13 March 2012

100 hari pemergian suami tercinta (11/3/2012) ♥

Last week genap sudah 100 hari pemergian suami yg sgt2 aku cintai.  That means sudah 100 hari aku n anak2 menjalani kehidupan tanpa seorang suami n papa.  Sedih dihati Allah saja yang tau...hanya mampu mengukir senyuman walaupun di dalam diri nie sarat dengan segala kesedihan, kepedihan, kelukaan dan kesakitan.  Its not easy untuk menerima hakikat apabila kehilangan org yg tersayang...yg dipisahkan dengan kematian esp apabila perpisahan yg berlaku adalah secara tiba2.  Tak ada sebarang persiapan utk berpisah...semalam ada hari ni takde.  Terlalu perit....tapi redha dgn ketentuan Ilahi adalah penawar yg mujarab.  Walaupun berpisah tapi kenangan manis dan pahit yg pernah dicipta akan terus kekal dalam ingatan selama-lamanya!!!

Kehilangan suami tersayang sebenarnya byk memberi kekuatan kepada aku untuk terus berjuang demi masa depan aku dan terutama anak-anak yg ditinggalkan oleh arwah.  Actually benda ni akan terjadi pada semua orang...samada cepat atau lambat, itu ketentuanNya.  Apabila telah diuji dengannya aku perlu redha dan fikirkan apakah hikmat yg tersembunyi.  

Org kata jangan diratapi itu bukan budaya islam dan jgn pula berputus asa jika hilang org yg tersayang tapi cubalah untuk hargai org lain di sekeliling kita dan jgn terlalu terkenangkan org yang pergi tak kembali.. Jgn sampai kesedihan kita merunsingkan org lain.  Jika kita bersedih, ingatlah bahawa kasih sayang yg kekal abadi itu hanya pada Allah...DIA saja yg kekal.  DIA juga tak pernah menghampakan hamba2 Nya.  Apabila kita kembali padaNya kita akan rasa tenang sbb hanya DIA saja yg tau kekuatan, kelemahan, kerunsingan dan segala2nya tentang diri kita.  

Redha dgn hati bukan dgn mulut...org yg tak merasainya memang mudah untuk kata redha...tapi orang yg menghadapinya amat payah untuk redha.  Walaupun kadang kala nampak tenang tapi sgt2 perit...menangis di luar nampak airmata tp menangis di hati hanya Allah sj yang tahu.

Apapun kehidupan perlu diteruskan.  Setiap manusia pasti akan mati...ajal maut adalah ketentuan Allah.  Pemergian suami memberi aku satu pengajaran yg paling berharga iaitu life is too short so I want to grab all the opportunities, menghargai apa yg ada, to make a lot of friends, I want to forgive n forget n willing to ask for forgiveness walaupun susah macamana skalipun.  I want to be happy...I want to live happy with my kids ...amik semua in a positive way to create a better life.....although its not easy to start a new life but I believe I can....:)
Read More




Friday, 9 March 2012

Wanita Itu Sangat Istimewa...

Petikan ini diambil dari FB Kak Engku yang baru je ku baca tadi...sangat menarik

Lelaki selalu bertanya mengapa WANITA sering menangis

Jawapannya amat mudah kerana WANITA itu unik, Allah telah ciptakan ia sebagai makhluk istimewa

Dikuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
Dilembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
Dikuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
Diteguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yang lain menyerah,
Diberi dia naluri utk tetap menyayangi, walau dikhianati, walau disakiti oleh org yg disayangi

WANITA makhluk yg kuat...

Tapi jika suatu saat dia menangis itu kerana Allah beri air mata utknya membasuh luka batin & memberi kekuatan baru

WANITA sangatlah istimewa....


Read More




Thursday, 1 March 2012

Nukilan Hari Ini....



Curahan air mawar...
Airmata pun juga...
Itulah setiaku...
Kau pergi x kembali...
Membawa rahsia diri...
Kau x berpaling...
Siang berganti malam...
Kedinginan seorang...
Amalanmu pelita...
Keluhuran didunia...
Aku x berdaya...
Tujuh langkah ku pergi...
Kamarku kian sepi...
Hadapilah kenyataan..

sentiasa diingatan...suami tercinta
Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML