Last week genap sudah 100 hari pemergian suami yg sgt2 aku cintai. That means sudah 100 hari aku n anak2 menjalani kehidupan tanpa seorang suami n papa. Sedih dihati Allah saja yang tau...hanya mampu mengukir senyuman walaupun di dalam diri nie sarat dengan segala kesedihan, kepedihan, kelukaan dan kesakitan. Its not easy untuk menerima hakikat apabila kehilangan org yg tersayang...yg dipisahkan dengan kematian esp apabila perpisahan yg berlaku adalah secara tiba2. Tak ada sebarang persiapan utk berpisah...semalam ada hari ni takde. Terlalu perit....tapi redha dgn ketentuan Ilahi adalah penawar yg mujarab. Walaupun berpisah tapi kenangan manis dan pahit yg pernah dicipta akan terus kekal dalam ingatan selama-lamanya!!!
Kehilangan suami tersayang sebenarnya byk memberi kekuatan kepada aku untuk terus berjuang demi masa depan aku dan terutama anak-anak yg ditinggalkan oleh arwah. Actually benda ni akan terjadi pada semua orang...samada cepat atau lambat, itu ketentuanNya. Apabila telah diuji dengannya aku perlu redha dan fikirkan apakah hikmat yg tersembunyi.
Org kata jangan diratapi itu bukan budaya islam dan jgn pula berputus asa jika hilang org yg tersayang tapi cubalah untuk hargai org lain di sekeliling kita dan jgn terlalu terkenangkan org yang pergi tak kembali.. Jgn sampai kesedihan kita merunsingkan org lain. Jika kita bersedih, ingatlah bahawa kasih sayang yg kekal abadi itu hanya pada Allah...DIA saja yg kekal. DIA juga tak pernah menghampakan hamba2 Nya. Apabila kita kembali padaNya kita akan rasa tenang sbb hanya DIA saja yg tau kekuatan, kelemahan, kerunsingan dan segala2nya tentang diri kita.
Redha dgn hati bukan dgn mulut...org yg tak merasainya memang mudah untuk kata redha...tapi orang yg menghadapinya amat payah untuk redha. Walaupun kadang kala nampak tenang tapi sgt2 perit...menangis di luar nampak airmata tp menangis di hati hanya Allah sj yang tahu.
Apapun kehidupan perlu diteruskan. Setiap manusia pasti akan mati...ajal maut adalah ketentuan Allah. Pemergian suami memberi aku satu pengajaran yg paling berharga iaitu life is too short so I want to grab all the opportunities, menghargai apa yg ada, to make a lot of friends, I want to forgive n forget n willing to ask for forgiveness walaupun susah macamana skalipun. I want to be happy...I want to live happy with my kids ...amik semua in a positive way to create a better life.....although its not easy to start a new life but I believe I can....:)
No comments:
Post a Comment