Wednesday, 18 December 2013

Ulangtahun Yang Ke 9...


18 Disember 2004 
Terlalu gembira sehingga tak dapat digambarkan betapa gembiranya diri ini apabila sudah sah menjadi milik si dia.  Akhirnya hubungan cinta yang terjalin sejak dibangku sekolah (tahun 1994) akhirnya ke jinjang pelamin jua.  Walaupun pernah terputus hubungan hampir 2 tahun tapi kalau dah jodoh tak kemana jua.  Dengan dikurniakan dua orang cahayamata sepasang pula tue menambah kegembiraan buat kami berdua.  Tapi benarlah jodoh, pertemuan, ajal dan maut adalah ketentuan Yang Maha Esa.

3 Disember 2011
Tarikh yang telah merubah segala2nya.  Diriku menjadi balu dalam usia 31 tahun manakala anak-anakku menjadi yatim dalam usia yang begitu muda.  Si kecil masih menyusu badan lagi.  Suami tercinta telah kembali ke rahmatullah, kembali ke penciptaNya tanpa meninggalkan apa-apa pesanan buat diriku dan anak-anak untuk meneruskan kehidupan ini.  Tapi aku sebagai hamba Allah tetap redha dengan ujian ini walaupun begitu berat begitu payah untuk aku menerima hakikat yang satu ini.  Bukan mudah apabila kita kehilangan orang tersayang apatah lagi seorang suami.  Suami yang bagiku sangat baik dan bertanggungjawab tapi aku tau de hikmah yang tersembunyi yang Allah tau.  Dia tau apa yang terbaik buat aku dan anak-anak.

18 Disember 2013
Hari nie genap ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9 dan juga ulangtahun kelahiran dia yang ke 33.  Walaupun dia telah tiada disisi tapi kenangan bersama dia masih terpahat teguh diingatanku.  Masih terbayang-bayang suara dia masih jelas wajah dia yang sentiasa bermain-main ditelingaku dan dimataku ini.  Kasih sayang yang pernah dicurahkan buat diriku dan anak-anak masih aku terasa sehingga kini.  Dan kasih sayang itulah yang memberi aku kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini membesarkan anak-anak dan mendidik mereka agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah agar dapat membantu kami di sana.

Walaupun tak dapat berhubung dengan dia secara bersemuka hanya doa menjadi penghubung kami berdua.  Semoga Allah mengizinkan aku untuk terus bersama dengan dia di Jannah nanti.

Mengenali awak adalah satu perkara yang terindah bagi saya.  Saya tengok gambar awak bila saya ingat awak, saya mengingati kembali kenangan kita bila saya merindui awak dan automatik semua itu akan membuat saya tersenyum. Semenjak awak pergi dari hidup saya semua yang saya baca, lihat dan dengar secara automatik akan membuat airmata saya mengalir.  Saya terlalu rindukan awak, senyuman awak, tawa awak, gurau senda awak. Rindu awak sangat-sangat.





credit to my lovely sister SSH...Kak Mimie Nur Shafiqa. TQVM for everything!


Read More




Monday, 4 November 2013

Kerana Terlalu Sayang...

Ruzaini Harun's status.
Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Setiap yang hitam, pasti ada putihnya. Setiap yang kabur, pasti ada jelasnya. Dan setiap yang benci, pasti ada sayangnya. Setiap yang sedih, pasti ada gembiranya. Begitulah, setiap yang hidup, pasti ada matinya.

Dulu, ketika dia hidup, baktinya berbuah rasa kasih. Dia penyeri kehidupan kita. Kadang-kadang, hanya dengan memandang wajahnya, kita merasakan tenang dan senang. Seolah-olah, diwajahnya itu ada nur yang menceriakan, ada jalan keluar setiap kebuntuan. Saat kita sedih, dia datang, tanpa berkata apa-apa dia mengusap kepala kita. Hanya dengan itu, kita sudah dibumbui ketenangan. Luka bertukar suka, pahit ditelan manis, dan segala derita hilang, hanya dengan senyuman di wajahnya.

Kita tahu, dia bakal pergi suatu hari nanti. Tapi, saban hari kita mendoakan, agar lebih baik jikalau kita yang pergi dahulu. Sungguh, kita tidak tegar kehilangannya, kerana kehilangan itu suatu penyiksaan. Bukan kita menghalang ketentuan Allah, tapi kerana terlalu sayang… terlalu sayang.

Sayang itulah ikatan kita dan dia, jika tidak, biar berjauhan sekalipun, kita tidak merasakan apa-apa. Tegarnya Allah ‘merampas’ kekasih kita, begitukah Allah, suka melihat kita berduka?

Tidak. Kita yang melihat diri sendiri, justeru jika kita yang berduka, maka kita yang menilai. Antara sayang kita kepada dia dan sayang Allah kepada dia, yang mana lebih bernilai? Sanggupkah kita bertanding dalam mengukur sayang kita dengan sayang Allah? Usahkan sanggup atau tidak, layak pun sudah tiada. Allah cuma cebiskan sifat sayang sesama hamba dengan kadar yang sedikit, itupun sudah meronta-ronta kehilangan, sedangkan, di sisi Allah, sayang itu lebih bermakna dan bernilai.

Biarlah, dan redhalah, disana ada Allah yang menjaganya. Ada mahligai untuknya, dan dia bakal menanti kita jua. Cuma masa sahaja yang menentu, samada, kita bakal menyusulnya cepat, atau lambat.

Adakah kehilangan dia lebih bermakna daripada kehilangan jati diri? Bersedihlah kerana kehilangan yang sementara itu, tapi usah memendam rasa terlalu lama. Usah berkabung macam puteri hilang takhta. Tapi, belajarlah untuk menerima hakikat. Itu satu ujian daripa Allah juga, kerana mungkin, hakikat yang lebih pahit dari itu bakal menyusul nanti. Bersedia untuk menerima, kerana hakikat adalah sesuatu yang amat pahit.

Doakan semoga rohnya bahagia di sana, bersama dengan mereka yang telah pergi, dan bersama dengan baktinya buat kita dahulu. Berdoalah agar penamat baginya ialah syurga yang tersergam indah itu, agar, dia bisa mempersiapkan sebuah mahligai untuk menyambut kehadiran kita kelak.

Utuskan salam alfatihah, sebagai peneman yang kita utus untuk menjaganya. Tapi, usah kita lupa, Allah sentiasa menjaganya. Kadang-kadang kesyukuran kita belum cukup atas segala nikmat dan anugerah yang Allah berikan. Sebab itulah, Dia mengambil kembali nikmat dan anugerah itu. Mungkin juga, kehilangannya menyebabkan kita lebih memahami erti tawakkal, justeru, itu satu lagi ujian buat kita.

Dia sudah pergi, bersama dengan kasih yang kita resmi. Segala kenangan kita dan dia di dunia, kita basmikan dengan satu doa. ‘Ya Allah, pelihara dia disana’.

Tidak wajar kita berbungkam, dengan langkisau yang menumpang. Kerana angin ribut bakal berakhir jua. Kata pepatah ‘kita tidak akan berpijak pada air yang sama di sungai, kerana ianya sudah mengalir pergi’. Usah diingatkan terlalu, apa yang telah berlalu. Dengan kehilangan dia, mungkin kita perlu lebih belajar untuk menghargai sesuatu atau seseorang.

Dalam diam, bermujahadahlah kita untuk menerima hakikat yang selalunya pahit. Dalam diam, berdoalah agar kita juga pergi menyusulnya suatu hari nanti. Cubalah, untuk belajar menerima kehilangan, kerana kehilangan bukanlah asing dalam kehidupan.

Bukan kita tidak sanggup, tapi kerana terlalu sayang. Bukan kerana tidak mampu menerima hakikat, tapi ikatan kita terlalu kuat. Kehilangannya mungkin membuatkan kita belajar untuk lebih bersyukur. Tiada apa yang kekal di dunia ini, itu hakikat yang harus kita terima.

Atau kita lebih terbelajar untuk tidak terlalu menyayangi, tidak terlalu mencintai. Kerana itu akan membuatkan kita hilang kualiti peribadi. Saat kehilangan, apa yang harus difikirkan lagi. Segerakan persiapan, tabahkan jiwa, dan runtunkan hati untuk lebih menerima.

Dahulu kita sudah memberikan sepenuhnya kasih kita kepada dia. Ikhlaskan semua itu. Kerana, jika kita ikhlas memberi, mengapa kita takut untuk tidak menerima? Apa yang berlaku, semuanya bermakna untuk sesuatu, sesuatu keikhlasan. Lihatlah, Allah bukan ingin menghancurkan kasih dan sayang kita, tapi Allah ingin sayang kita pula, lebih dari sayang kita kepada dia dahulu.

Terimalah perpisahan dengan tenang. Kerana itu lumrah kehidupan. Biarpun pahit, semuanya satu suratan.

Sahabat, bersedihlah untuk kita yang belum tentu bagaimana akhirnya kita.





Read More




Wednesday, 23 October 2013

The Heirs...Korean Drama




Saya suka! saya suka! saya suka!...

Dah lama tak update cerita korea nie.  Bukan sebab dah lama tak tengok tapi tak berkesempatan nak update mengenai cerita2 nie. 

Dah lama tunggu cerita dari 'my favourite heroin' nie Park Shin-Hye.  Lepas cerita Flower Boy Next Door yang best tue muncul plak cerita yang ini The Heirs.  Kali ni dia bergandingan dengan hero cute lagi glamer yg diberi gelaran by myself 'the hottest hoodie' Lee Min-Ho....hahaha.

Cerita biasa, percintaan antara anak orang kaya dan anak orang kebanyakan, perebutan kerusi chairman syarikat2 besar giler nie, pergolakan dalaman family orang2 kaya, rivalries between friends di sekolah (dah macam cerita BOF plak dah)...what a very typical korean drama.  Tapi still suka tengok gak...hahaha.  Like I mention earlier the main reason tak sabar nak tengok drama nie sebab sangat2 suka dan minat dengan heroinnya dan rasa macam seronok plak tengok gandingan terbaru Park Shin-Hye dengan Lee Min-Ho...what a good chemistry!  Pelakun2 yang lain pun not bad.  Semua dah de nama and popular. 

Rasanya dekat channel OneHD belum keluar lagi cerita nie but coming soon.  Dekat korea dah keluar dah episod 4 kalau tak silapla.  Tak sabar nak tunggu ending walaupun dah boleh agak rasanya ending mcmana.  Ok have to wait dengan penuh kesabaran sehingga pisode 20 sebab nak tengok betul tak endingnya seperti yang ku fikir2 kan selama nie....hehehe









Read More




Wednesday, 9 October 2013

Cukup Sekali Sahaja...


Cukup sekali sahaja tak perlu kedua dan ketiga
Kerana yang pertama begitu istimewa
Sehingga ku tak bisa melupakannya...

Jangan ditanya padaku
Mengapa aku terus merindu
Pada dia cintaku satu...

Kerana sehingga kini ku masih tak dapat melupakannya
Selagi hayat dikandung badan
Selagi nyawa berada dijasad
Begitula setiaku padanya

Selagi Allah mengizinkan
Selagi itulah cintaku terus bersemadi didasar lubuk hati

Segala puji buatMu Ya Allah
Tanpa keizinanMu
Tak mungkin aku berani mengharungi dunia ini tanpa dia...

Ya Allah, Kau izinkan aku terus mencintainya
Izinkan juga aku terus setia padanya
Semoga kami bertemu di SyurgaMu Ya Allah...





~ Sealed With A Kiss 181204 ~
Read More




Tuesday, 8 October 2013

Tersenyumlah Wahai Hati Yang Bersedih...



Saat kita menempuh onak dan duri dunia

Derita sekali sekala mencuit kita
Hati remuk menangis tak henti
Kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati
Ketika itu sabar pun tidak dikenali lagi
Dalam terharu, airmata tertumpuh jua...

Wahai hamba Ilahi, begitula kehidupan di dunia
Kita tidak akan sesekali dapat menjangka 
Apa yang Allah aturkan untuk kita
Adakalanya kita tersangat gembira
Adakalanya kita tersangan kecewa
Namun, jangan risau teman
Allah itu Tuhan kita
Tuhan yang Maha luas kasih sayangNya
Percayala Allah tidak akan menduga hambaNya
Kecuali untuk melihat hambaNya
Tersenyum di sana, tertawa di sana, berbahagia di sana
Inn Sya Allah di syurga yang mengalir dibawahnya 
Sungai-sungai yang mendamaikan jiwa
Oh indahnya... 

Di dalam hati manusia, ada kekusutan yang tak akan terurai
Kecuali menerima kehendak Allah SWT
Wahai hamba Allah, janganlah bersedih
Kerana kita telah melalui kesedihan itu kelmarin
Dan ia tidak memberi sebarang manfaat pada keesokan harinya...

Kesedihan demi kesedihan 
Bakal membuat kita terperuk dalam keputusasaan dan 
Dunia yang luas dirasakan sempit dan tidak lagi berguna...

Padahal dunia inilah kesempatan kita mendekatkan diri dengan Allah
Untuk kita raih syurgaNya yang indah dan bebas daripada kesedihan
Gara-gara kesedihan, air yang manis akan terasa pahit
Makanan yang lazat akan terasa hambar
Bunga mawar yang mekar mewangi akan menjadi layu

Ingatlah tangisan yang terindah itu
Apabila butir airmata itu mengalir hangat dipipi
Lantaran terasa diri kita begitu kerdil disisi Allah
Dan begitu berdosanya diri kita di sisi Allah

Wahai hamba Allah, lihatlah sekeliling kita
Dan teguhkan pendirian
Sepanjang usia jangan mudah berputus asa
Senyuman dan airmata yang menitis 
Simpan...jadikan tauladan
Segala yang dipandang dan didengar
Simpan...buat pedoman















~ sealed with a kiss 181204 ~



Read More




Monday, 7 October 2013

Dear Friend...Thank You For Everything!




People come and people go, satisfying a need for love and companionship in your life, or teaching you something you need to know.  Luckily, a few people will stick around for a lifetime.  But most are just here for a season and that’s OK, because even though the physicality is gone, the love you created remains.  Always.  Truly believe that everyone we meet, we meet for a reason. We have encountered this specific person for a purpose. We have friends who remain, friends who come in our lives but soon depart and friends who just pass by our daily lives. 

Instead of dwelling on the pain of saying goodbye to a friendship, look at it as a chapter that was filled with many memories and now lessons that will forever live with you.  Sometimes we are welcomed by friendships that aren’t meant to last forever, but are meant to teach us and help us grow on our beautiful journeys.  On the contrary, sometimes we have to learn when to let go and continue on our journey.  It takes courage to stand up and realize that sometimes you need to move forward.  This doesn’t mean things have to end nasty, it just means that you are mature enough to see that these people may be holding you back in a way that at this moment in your life is not what you want.

Life is mysterious and relationships are just another addition to our journey. Through the ups and the downs we must appreciate it, for it’s all a part of who we are today. Not one of us goes through life experiencing perfect relationships; in fact, the only way to uncover life’s treasures is to experience them.
‘Some people come into our lives and quickly go. Some stay for a while, leave footprints on out hearts, and we are never, ever the same.” ~ Flavia Weedn

To Siti Nooraniza, thank you for everything.  You are truly a great friend.  I'm wishing you all the best in your future and hoping to see you again, someday.  Take care!




 

 

Read More




Sunday, 6 October 2013

Wayang...Cloudy With A Chance Of Meatballs 2





Atas permintaan anak bujangku sorang nie yang baru baik demam nak tengok sangat cerita nie.  Siap kira date tue setiap kali iklan promote movie tue keluar dekat tv.  Last time bawak dia tengok wayang citer Avengers...quite a long time.  Since adiknya dah besar dah tak boleh nak tinggal bawak skalila.

Cerita tue quite okla tapi best lagi rasanya yang first.  Tapi budak2 memang sukala sebab colourful dan agak ceria yang second nie...buah-buahan dan sayuran menari2, memang sangat menarik.  Yang pastinya the kids enjoying themself, gelak ketawa and banyak tanya.  Mama layan je janji diaorang happy.  Yes...the most important thing in my life nowadays is make them happy!!!








 ~ sealed with a kiss  181204 ~



Read More




Thursday, 3 October 2013

Pengubat Hati Sedih


TAHUKAH KITA? Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.

Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.

Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.

INGATLAH..
Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.





http://pakarcinta.com/blog/
Read More




Monday, 30 September 2013

Jagalah Diri


Lirik Lagu Jagalah Diri - Jaclyn Victor

Mata kau berhenti menangis
Jemari kesat ke pipi
Hati cukuplah dirasuk sedih
Kerana kau takkan kembali

Takdir mengubah hubungan kita
Dia padam dari jaga
Bicara hanyalah dalam doa
Yang dipanjat pada yang Esa

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Jiwa walaupun terpisah jua
Selalu pergi dengan-Nya
Sisa yang masih ada di sini
Ku bertaut ke nafas terakhir

Ya Tuhanku
Jagalah diri ini menempuh
Hidup sepi tabah menerima takdir

Ya Tuhanku
Ketemukanlah kami berdua nanti
Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya

Hingga itu ku mohon kau
Jagalah dirinya
Jagalah dirinya







~ Sealed with a kiss 181204 ~

Read More




Friday, 30 August 2013

Tesco Online

Sekarang nie orang lebih suka beli barang melalui online.  Lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang (parking/minyak kereta/benda2 yang tiada dalam senarai).  Lagipun kita boleh mengambil berapa banyak masa yang ada untuk belek2 barang, bandingkan harga dan juga untuk berfikir samada wajar atau tidak beli barang tue.  Aku adalah salah seorang yang minat sangat beli barang online sebabnya seperti yang dinyatakan di atas tue la.  Tambah plak aku mmg selalu takde masa dan tak cukup masa dan taknak terkejar2 ke sana ke mari.  

Masa balik raya haritu adalah meluahkan rasa letih nak uruskan keluarga sorang diri.  Terkejar ke sana ke mari...macam dah tak cukup kaki tangan tenaga dah.  Semua dah dikerah habis-habisan.  So kakak suggest beli barang rumah yang sebulan sekali tue secara online.  Tesco de buat dan dia dah cuba memang sangat mudah dan menjimat masa, tenaga dan wang.  Siap hantar depan rumah lagi.  Cash tidak diterima hanya kad kredit or debit kad sahaja untuk proses pembayaran. 

Nak dijadikan cerita semalam aku pun bukakla laman web tesco dan mula register untuk beli online.  Alhamdulillah tesco cover kwsan Putrajaya ni untuk delivery.  Memang seperti yang dikatakan sangat senang even barang basah pun boleh juga.  Tapi aku takdela beli barang basah yang tue rasanya lebih elok g kedai pilih sendiri.  Aku order barang2 seperti minyak masak, beras etc etc etc....dan yang paling penting aku tak perlu turun naik rumah 2, 3x semata2 nak bawak naik barang maklumlah duduk rumah bertingkat2.  Beli barang pun confirm ikut 'list yang hendak dibeli' je.  Kita boleh pilih time slot lagi pukul berapa nak diaorang hantar.  

Actually aku pilih hantar pada hari nie (30 Ogos 2013) pukul 8.00pm - 10.00pm.  Pada pukul 6.30pm aku terima call tanya ada dirumah tak sebab diaorang nak hantar sekarang.  Kita pun ok je sebab memang ada kat rumah pun time tue.  Lagi satu kalau barang yang kita order takde stock diaorang akan bg choice barang lain dengan harga yg sama atau lebih kurang sama dan terpulang pada kita nak atau tidak.  Sementara tunggu resit bayaran sembangla sekejap dengan orang tesco nie.  Rupanya yang cover area Putrajaya, Tesco Puchong dan kalau diaorang ada di area berdekatan diaorang akan hantar sekali walaupun kita pilih time lain.  Tue yang diaorang call tanya kita ada di rumah tak sebab diaorang kena delivery barang area putrajaya time tue dah alang2 hantarkan sekali.  

Alhamdulillah tugasku makin lama makin menyenangkan.  Kurang satu tugas so bolehla rehat sikit.  So next month boleh buat lagi ek.  Walaupun bukan semua barang boleh dibeli secara online tapi sedikit sebanyak beban dibahu ku berkurangan sedikit. 








Read More




Sunday, 28 July 2013

Anak oh anak!

Dah lama sangat tak update blog guna hp. Sebenarnya kalau guna hp lagi cepat n mudah...menjimatkan masa pun iya.

Nak cerita sikit pasal anak bujangku. Tadi masa dia tengah2 main tiba2 dia berlari masuk dalam rumah tutup pintu sekuat hati. Tanya dia kenapa...

Faris : Ada budak pukul faris dengan besi.
....tersirap darah nie dengar.

Me : Allahuakbar...faris buat apa sampai dia pukul dgn besi.

Faris : Takde buat apa pun. Faris tgh main dgn ....... tiba2 je dia datang terus pukul.

Me : Sapa budak tu?

Faris : (d.......).
.....ok I know that boy, budak darjah 2 mmg nampak mcm budak yg bermasalah pun.

Lps tu kawan2 yang main dengan faris pun cakap budak tu tiba2 je datang terus pukul. Macam samseng plak dah. Yang lain2 bertempiaran lari masuk umah masing2.

Then bila aku tgk dibawah nampak budak tu tgh pegang besi (budak tu tgl di aras bwh rumah kami je). Aku jerit skit dr atas tanya napa pukul faris. Dia buat salah ke? Tp budak tu terus lari masuk umah. Nampak adiknya...adiknya darjah 1 sebaya faris. Tanya soalan yg sama, dia x tau napa abg dia pukul faris.  Tanya dia mak ada...budak tu mengangguk. Rasa mcm nk pegi je jumpa tp kang kata kepoh sgt plak.

Takpe2 next time klu de jumpa maknya dlm lif nak cakap benda ni. Tapi nak kena tau sapa maknya dulu. Nasib baik dia pukul tangan kalau kepala dh boleh nak saman nieh...hihihi. Apa2 pun syukur sebab tangan faris hanya bengkak n lebam skit je. Tahun depan darjah 2 nak suh dia bljr taekwando. Jangan dia g belasah orang sudah.

Read More




Thursday, 25 July 2013

Masa Yang Terhad Atau Malas??

Dah lamanya tak update blog nie. Kalau diikutkan macam2 entry ada tapi takde masa nak buat.  Drama-drama korea yang dah abis tengok, keletah anak-anak, novel2 menarik yang dah settle dibaca, resepi2 yang aku masak selama nie dan macam2 lagila. Kadang2 terfikir gak takde masa ke atau malas sebenarnya?  kemungkinan kedua2 nya skali.  Tambah2 bulan puasa nie lagila nak mengadap komputer memang malas rasa nak baring je lepas berbuka tue.  Hopefully nanti datangla kerajinan tue dan masa pun ada extra selepas melayan anak2.




Read More




Friday, 5 July 2013

Doaku Pada-Mu #2


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Rendahkanlah suaraku, perindahkan ucapanku dan lembutkan hatiku untuk ibuku
Berilah ia balasan yang sebaik-baiknya atas didikannya padaku
Peliharakanlah dia sebagaimana dia memeliharaku

Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Ampunilah dosa-dosanya dan kasihanilah dirinya
sebagaimana dia mengasihaniku sejak kecil
Panjangkanlah usianya, murahkanlah rezekinya dan berikanlah keberkatan
dunia dan akhirat dalam hidup kami sekeluarga

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih...

Amin Ya Rabbul Alamin...




- Ustaz Don Doniyal



Alina Aremie
18 Dec 2004


Read More




Wednesday, 3 July 2013

Bila Hati Berbicara #4


Kau hadir tanpa ku sedari
Mengisi kekosongan hati
Kini kau pergi tinggalkanku
Lemasku dalam sepi
Hujan yang turun ke bumi
Membawa rindu yang menggunung
Kau biarkan ku sendiri
Malamku tanpa mimpi
Hingga kini ku masih mencari...dirimu
Disebalik kenangan lalu
Merindu tanpa henti, tapi...
dirimu tak dapat ku dakap dalam terang
Cuma kupeluk dalam bayangan






18.12.2004



Read More




Thursday, 13 June 2013

Just A Kiss...


Lagu nie pernah kujadikan ringtone buat arwah suatu ketika dulu :)  Bila dia call je bunyila lagu nie.  Lepas dia 'pergi' tak bleh dengar lagu nie langsung tak sanggup. Tapi semalam masa drive balik dr ofis ada lagu nie di radio. Masih sedih tapi alhamdulillah tidak terbawak2 kesedihan tue. Adakah diri nie sudah kuat??...



by LADY ANTEBELLUM

lyin' here with you so close to me
it's hard to fight these feelings when it feels so hard to breathe
i'm caught up in this moment, caught up in your smile

i've never opened up to anyone
so hard to hold back when i'm holding you in my arms
we don't need to rush this
let's just take it slow

just a kiss on your lips in the moonlight
just a touch of the fire burning so bright
and I don't want to mess this thing up
no...I don't want to push too far
just a shot in the dark that you just might 
be the one i've been waiting for my whole life 
so baby, i'm alright with just a kiss goodnight

i know that if we give this a little time
it'll only bring us closer to the love we wanna find
it's never felt so real
no...it's never felt so right

just a kiss on your lips in the moonlight
just a touch of the fire burning so bright
and I don't want to mess this thing up
no...I don't want to push too far
just a shot in the dark that you just might 
be the one i've been waiting for my whole life 
so baby, i'm alright with just a kiss goodnight

no...I don't want to say goodnight
I know it's time to leave
but you'll be in my dreams tonight, tonight, tonight








Read More




Bila Hati Berbicara #3




Belajarlah menjadi insan yang REDHA
dalam mengharungi UJIAN yang TIBA
cuba menjadi BAHAGIA,
walau kadang-kadang DUKA
kerana kita tahu ada cintaNYA
bersama ujian yang sedang kita RASA...





rindu dirimu...
wahai angin lalu sampaikan salam rinduku padanya. 
 
                                                                  


Read More




Tuesday, 11 June 2013

Bila Hati Berbicara #2












Read More




Sunday, 9 June 2013

Bila Hati Berbicara #1














Read More




Doaku Pada-Mu #1



Ya Allah, kuatkan diriku ketika sedih dan susah.
Berikan aku petunjuk untuk membezakan kebaikan dan keburukan
ketika aku memerlukan jalan kebahagiaan.
Jadikanlah aku manusia yang semakin tabah untuk mengharungi hidup yang mendatang...
.....AMIN

























Read More




Monday, 27 May 2013

Magic Pan...



Nama sebenarnya HIG Double Grill Pan tapi aku panggil magic pan sebab ianya boleh digunakan untuk macam-macam jenis masakan bukan setakat panggang ikan, ayam, udang etc malah boleh digunakan untuk masak kek (pengganti oven) dan juga boleh menggoreng sebab itula saya panggil magic pan...hehehe. Kalau tak percaya boleh rujuk blog kak ita nie...lengkap dengan segala penerangan dan kalau berminat boleh order dgn dia. Tapi aku sebenarnya order direct dengan akak Intan Shafinaz nie. Memang servis terbaik sebelum dan selepas beli. Pendek kata dah jadi macam kawan plak sebab akak nie memang ramah orangnya...hehehe


 




Ok ini antara-antara masakan yang aku dah try dengan magic pan nie. Kualiti gambar memang kurang menarik maklumla guna camera hp biasa je. Memang mudah guna magic pan nie, menjimatkan masa sebab ia masak dengan cepat dan dapur pun takde selerak dan kotor. 



Ikan panggang




breakfast request by my big boy




Ikan masak stim (but my boy called it ikan masak sup) - dah jadi menu fave dia plak sekarang






Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML