Beberapa hari nie asyik terbayang-bayang masak paprik nie. Tak kisahla seafood or ayam ke as long as it's paprik. Oleh kerana rasa teringin tu sampai termimpi-mimpi apalagi mulakanla operasi. Oleh kerana takde la rancang nak masak so just guna bahan-bahan yang memang dh siap ada di dlm peti ais je.
Masak Paprik
Udang (other option bleh guna ayam, sotong, daging or campur2 pun bleh)
Cili Capsicum (hanya separuh saja)
Carot or apa saja sayur yang ada (ikut suka)
2 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah (dikisar halus)
1 s/b cili boh
2 s/b sos tiram
2 biji cili padi (jika nak lagi pedas just add some more) - dihiris
Garam & gula secukup rasa
1 s/k minyak masak utk menumis
2 helai daun limau purut
1 biji limau kasturi (diperah) - optional
Cara-Caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yg telah dikisar bersama cili boh.
2. Bila dah naik bau masukkan sedikit air dan daun limau purut.
3. Masukkan sos tiram dan udang.
4. Bila udang dah agak masak masukkan sayur-sayuran.
5. Masukkan perahan limau kasturi + garam + gula
6. Masukkan air sedikit lagi
7. Gaulkan dan angkat sebelum sayur menjadi layu
8. Siap utk dimakan....yea!
* Jika ingin pekatkan kuah masukkan sedikit tepung jagung
Read More