Wednesday, 21 November 2012

Rindu Pada Ayah...

Semalam baru je ada mood nak bukak blog. Itupun sebab terjumpa gambar mamat hoodie tue yg rasa nak share je. Malas nk share kat FB nanti takut ada org fikir bukan2 pulak...hehehe. Semasa buat lawatan ke blog kawan2 ada terbaca satu entri pasal ayah (blog kak yaya). Tiba2 terasa rindu sgt pada dia. Ayah meninggal pada 17 Januari 2007, sudah 5 tahun lebih berlalu. Sekejap sgt masa nie kan terasa macam seolah2 baru je ayah pergi. Ayah meninggal di Hospital Besar Ipoh (masa tue belum tukar nama lagi) pada waktu subuh. Sebelum tue Dr ada bgtau yg BP ayah makin 'drop' dan diaorg dh buat mcm2 tapi seolah-olah ayah bersedia nak pergi. Masa Dr minta kami anak-anak bersedia Allah saja tau macamana perasaan tue. Bila tengok mak yg hanya berdiam diri dan tanpa setitis airmata pun yang keluar mengalir, aku tau mak begitu kuat dan cuba menerima takdirNya. Ayah pergi setelah tidak sedarkan diri lebih kurang 2 minggu akibat sakit buah pinggang. Dan sebelum dia sakit, dia de bgtau arwah suamiku yang dia redha dengan semua anak2 dia andai kata dia pergi dulu. Oh ayah...mulianya hatimu, sudi memaafkan segala dosa anak-anakmu walaupun pasti hatinya terluka. Ayah pergi tanpa sempat kami anak-anak memohon ampun dan maaf tapi diri ini sangat berharap ayah mendengar segala kata-kata akhirku semasa aku bisikkan luahan hatiku padanya. 



Ayah, Ina rindu sangat-sangat pada ayah. Ina telah kehilangan dua org lelaki yang paling Ina sayang dan cinta dalam hidup ini iaitu ayah dan suami tersayang. Ina harap ayah ada jumpa Amie di sana dan tolong jaga dia ek ayah. Ina bakal menyusul ayah dan Amie tak lama lagi. Tunggu Ina ek. Ina nak peluk ayah dan Amie lagi sekali untuk hilangkan rasa rindu yang makin kuat dan tak pernah kurang walau satu saatpun. Terima kasih ayah atas segala-segalanya. Ayah adalah ayah yang terbaik buat kami anak-anakmu dan kami bersyukur tak terhingga kerana Allah telah menganugerahkan ayah pada kami semua. Sayang ayah.....



Aku merindukanmu Ayah
(c) Umii Kulsum

Ayah...kini kurasakan hidup tanpamu
Aku sepi hidup tanpamu
Namun ini harus ku jalani 
Walau terasa sangat berat ku jalani

Ayah...terima kasih atas semuanya
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Semua pengorbanan yang kau lakukan

Ayah...kini aku merindukanmu
Merindukan saat-saat bersamamu
Merindukan kasih sayang darimu

Ayah...ingin rasanya aku berjumpa denganmu
Walau hanya dalam mimpiku
Walau hanya memandang wajahmu

Saat ku rindu ayah hanya selembar foto peninggalanmu
Yang dapat mengubati rasa rinduku

Tuhan...sungguh aku tak pernah rela kehilangan dia
Namun aku sedar semua ini milikMu
Dan akan kembali kepadaMu

Tuhan...jagala dia selalu
Bahagiakanlah dia disisiMu
Kerana dia adalah ayah terbaikku

Selamat jalan ayah
Semoga kau bahagia di sisiNya
Semoga kita dapat berkumpul lagi di dalam syurgaNya
Nantikanlah aku ayah....

Aku sangat merinduimu...




Read More




Tuesday, 20 November 2012

Memories



Memories 
(c) Louise Bailey


I feel a warmth around me
Like your presence is so near
And I close my eyes to visualize
Your face when you were here
I endure the times we spent together
And they are locked inside my heart
For as long as I have those memories
We will never be apart
Even though we cannot speak no more 
My voice is always there
Because every night before I sleep
I have you in my prayer.

I miss u my dearest hubby...:(
Read More




Hottie In Black Hoodie...


Mmmm....lamanya tak update blog. Idea n story byk cuma tak terzahir je. Kemalasan melanda diriku ini...hehehe

I was looking for a cute wallpaper for my pc and sedang mencari2 suddenly i found this hottie man....waaaaa!!! I was wondering who is this guy?? then I realised...oh! it's Lee Min Ho. Gambar dia yg terbaru dlm cerita Faith aka The Great Doctor. I'm not Lee Min Ho fan but so far enjoyed tgk lakunan dia tapi gambar nie mmg sgt2 hot!! I'm SWOONING all over him by looking at this picture...hahaha :D

Tak percaya??? I will let this picture do the talking. It's up to ur own judgement. Lagipun lain org lain citarasanya kan? kan? kan?...hehee




Sizzling hot...wakakaka

Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML