Tuesday, 26 February 2013

Untuk Renungan Bersama Dalam Mendidik Anak2...

Jumpa this artikel dalam fb dan sgt menarik untuk di'share'.  Marila sama2 kita praktikkan dan berusaha utk menjadi ibu bapa yg terbaik buat anak2...InsyaAllah

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

 
 
Read More




Monday, 25 February 2013

Rindu Pada Dia...


Hari Sabtu yg lalu seperti kebiasaan jika tiada apa2 hal pasti akan membuat lawatan ke USJ untuk melepaskan rasa rindu di hati nie. Sejak beberapa hari nie rasa rindu sgt2 pada dia. Rasa mcm dah lama sgt tak jumpa dia dalam mimpi. Bila dikira2 baru 3x bertemu dgn dia dalam mimpi sejak dia 'pergi'. Apa kabar dia di sana?? Doa dariku dan anak2 tidak putus2 diberikan buat dia di sana agar dia bahagia dan tenang. Walaupun dah setahun dia 'pergi' perasaan rindu sayang tak pernah berkurangan walau sedikit pun...makin bertambah2 lagi adala. Kadang2 tue tak tertahan rasanya rindu di hati nie rs mcm nk pecah pun ada. Bila mcm tue mulala meroyan tak tentu hala tak senang duduk...makan tak lalu, tido pun tak lena dh mcm org putus cinta pun ada tapi iyala nie pun dalam kategori putus cinta gak tapi putus kasih. Kadang2 tue terfikir gak berapa lama perlu kutanggung perasaan nie. Org2 yg mengalaminya dulu dr aku ckp hanya masa yg boleh ubati segala2nya. Bagi masa pd diri sendiri. Sedih macamanapun kehidupan tetap perlu diteruskan. Bila hadapi kerenah anak2 yg kadang2 boleh buat hilang sabar mulala 'down'. Rasa berat sgt ujian nie berat sgt tanggungjawab yg terpaksa dipikul. Bkn senang nk besarkan anak2 seorg diri. Pendek kata bukan senang sebenarnya pegang title 'ibu tunggal' nie. Semoga diri ini akan terus kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup.



"kita hanyalah hamba-Nya yang lemah. Memang hidup ini sukar diduga & juga tak mudah. Apa yg kita impikan tak semestinya tercapai. Kegagalan itu bukanlah buruk bukan juga dikeluhi tetapi kegagalan itulah yang mengajar kita erti ketabahan" - pemilik rahsia hati cjep




Read More




DOA....


Jangan pernah jemu berdoa kepada-Nya. Dia sentiasa mendengar....

DOA tak mampu mengembalikan mereka yang kita cintai tetapi mampu memberi kebahagiaan bagi mereka.

DOA tak mampu mengulang waktu tetapi mampu membuat kesempatan datang kembali.

DOA tak selalu memperbaiki hati yang hancur tetapi DOA mampu mengubahnya menjadi sumber kekuatan dan penenang kalbu.








pemilik rahsia hati cjep

Read More




Monday, 4 February 2013

Doa Buat Anak...


Dengan lafaz



"Ya Allah, ampunilah dosa-dosa aku 
dan juga dosa-dosa anakku 
dan jadikanlah mereka di dalam golongan 
yang selalu menerima rahmat kasih sayangMu

Ya Allah, mudahkanlah hidupnya
Jauhkanlah anakku daripada penyakit hati 
dan luaskanlah rezekinya...

Ya Allah, jadikanlah anakku ahli bersyukur 
dan tambahkanlah kesabaran dalam hidup anakku

Ya Allah...Ya Rahman...Ya Rahim...

AMIN.....




Read More




Menangis di Pagi Hari....


Hari ni dah masuk bulan 2 (Februari) maknanya dah sebulan lebih sesi persekolahan berjalan. Pejam celik pejam celik cepat sangat masa berlalu begitu pantas tanpa sempat nak menoleh ke belakang. Rasanya macam byk sgt benda nak buat tapi tak terbuat2...mcm bz sgt. Bila dah masuk bulan 2 nie sepatutnya budak2 tahun 1 dah mula sesuaikan diri dengan new environment di sekolah ataupun dlm life diaorg. Before this byk sgt leisure time tapi skrg nie masa terlalu terhad. Pagi sekolah petang sekolah, malam plak kena tido awal sbb esok nak kena bangun pagi2 ke sekolah. Tapi tidak anak bujangku yg srg nie nie. Tiap2 pagi dari mula sekolah hingga sekarang masih menangis setiap kali ke sekolah baik pagi mahupun petang. Macam2 cara macam2 ikhtiar aku dah buat tapi dia tetap macam tue jugak. Dari pujuk sehingga la guna kekerasan dia tetap menangis sampai aku dh mati kutu tak tau nk buat pe dah. Skrg nie aku tawakal dan serahkan segala2nya pada Allah. Mungkin ini salah satu ujian yg dia berikan padaku untuk menguji tahap kesabaranku. Mungkin ini juga ujian Dia untukku membesarkan anak yg begitu istimewa di sisiNya iaitu 'anak yatim'. Bukan mudah sehingga kadang2 aku hilang sabar. Aku penah pukul dia depan guru n parents di sekolah sbb aku geram sgt tgk perangai dia yg menangis tanpa sebab. Alasan yg dia bagi 'Takut mama mati macam papa bila pegi keje'...adoiii!! Wahai anakku even tak g sekolah pun mama tetap jugak g keje...sama je situasinya cuma berbeza je. Kadang2 terfikir gak maybe ini salah satu alasan dia taknak ke sekolah sbb ada saja alasannya yg lain mcm kena tukar kelas, cikgu bertukar ganti, cikgu ni garang sangat etc etc etc.



Takpela aku selalu sedapkan hati dgn berkata 'mungkin skrg nie dia menyusahkan aku insyaAllah satu hari nanti dia akan menyenangkan ku'. Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran pada aku supaya sentiasa menjadi ibu yg terbaik buat anak2 ku dan membantu aku membesarkan anak2 aku agar mereka menjadi insan yg berguna di dunia & akhirat. Aku taknak alasan tiada ayah menyebabkan anak2 aku terbiar. InsyaAllah selagi diizikan Allah selagi itu aku akan memastikan anak2 ku mendapat pendidikan dan kasih sayang yg sempurna seperti orang lain yg ada ibu dan ayah. Mmg bukan mudah menjadi ibu tunggal membesar dan menjaga anak2 yg masih kecil yg mengharapkan kasih sayang dr kedua ibubapa tapi setiap yg berlaku ada hikmahnya> Aku yakin Allah ada perancangan yg terbaik buat aku dan anak2. 

Hanya mampu sabar n redha dalam menghadapi kerenah anak2 esp anak bujang nie. Menangisla selagi boleh menangis mama tetap akan hantar g sekolah. Bukan utk kebaikan mama tapi untuk kebaikan anak2 mama jugak satu hari nanti. Semoga Allah memberi semangat kepada anak2 ku agar mereka kuat dalam menghadapi dugaan hidup ini. 

Ya Allah, terangkanlah hati anakku agar mereka mudah menerima ilmu yg dipelajari. Tenangkanlah hati mereka jika mereka merasa gelisah dan gembirakanlah hati mereka jika mereka merasa sedih dan berikanlah kesihatan yg baik buat mereka...Amin!!

Semoga lepas ni anak mama takkan menangis lagi apabila pergi ke sekolah.





Read More




Friday, 1 February 2013

Breakfast di Hari Wilayah

Hari ni pagi2 lagi bersemangat bangun nak makan mee goreng...hehehe. Mmg rs best sgt cuti di hari Jumaat dan spend time dgn anak2. Request dr anak dara nak minum teh yg sedapp. Kan seronok klu dpt cuti tiap2 hari Jumaat...huhuhu.


Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML