Hari ni dah masuk bulan 2 (Februari) maknanya dah sebulan lebih sesi persekolahan berjalan. Pejam celik pejam celik cepat sangat masa berlalu begitu pantas tanpa sempat nak menoleh ke belakang. Rasanya macam byk sgt benda nak buat tapi tak terbuat2...mcm bz sgt. Bila dah masuk bulan 2 nie sepatutnya budak2 tahun 1 dah mula sesuaikan diri dengan new environment di sekolah ataupun dlm life diaorg. Before this byk sgt leisure time tapi skrg nie masa terlalu terhad. Pagi sekolah petang sekolah, malam plak kena tido awal sbb esok nak kena bangun pagi2 ke sekolah. Tapi tidak anak bujangku yg srg nie nie. Tiap2 pagi dari mula sekolah hingga sekarang masih menangis setiap kali ke sekolah baik pagi mahupun petang. Macam2 cara macam2 ikhtiar aku dah buat tapi dia tetap macam tue jugak. Dari pujuk sehingga la guna kekerasan dia tetap menangis sampai aku dh mati kutu tak tau nk buat pe dah. Skrg nie aku tawakal dan serahkan segala2nya pada Allah. Mungkin ini salah satu ujian yg dia berikan padaku untuk menguji tahap kesabaranku. Mungkin ini juga ujian Dia untukku membesarkan anak yg begitu istimewa di sisiNya iaitu 'anak yatim'. Bukan mudah sehingga kadang2 aku hilang sabar. Aku penah pukul dia depan guru n parents di sekolah sbb aku geram sgt tgk perangai dia yg menangis tanpa sebab. Alasan yg dia bagi 'Takut mama mati macam papa bila pegi keje'...adoiii!! Wahai anakku even tak g sekolah pun mama tetap jugak g keje...sama je situasinya cuma berbeza je. Kadang2 terfikir gak maybe ini salah satu alasan dia taknak ke sekolah sbb ada saja alasannya yg lain mcm kena tukar kelas, cikgu bertukar ganti, cikgu ni garang sangat etc etc etc.
Takpela aku selalu sedapkan hati dgn berkata 'mungkin skrg nie dia menyusahkan aku insyaAllah satu hari nanti dia akan menyenangkan ku'. Semoga Allah sentiasa memberi kesabaran pada aku supaya sentiasa menjadi ibu yg terbaik buat anak2 ku dan membantu aku membesarkan anak2 aku agar mereka menjadi insan yg berguna di dunia & akhirat. Aku taknak alasan tiada ayah menyebabkan anak2 aku terbiar. InsyaAllah selagi diizikan Allah selagi itu aku akan memastikan anak2 ku mendapat pendidikan dan kasih sayang yg sempurna seperti orang lain yg ada ibu dan ayah. Mmg bukan mudah menjadi ibu tunggal membesar dan menjaga anak2 yg masih kecil yg mengharapkan kasih sayang dr kedua ibubapa tapi setiap yg berlaku ada hikmahnya> Aku yakin Allah ada perancangan yg terbaik buat aku dan anak2.
Hanya mampu sabar n redha dalam menghadapi kerenah anak2 esp anak bujang nie. Menangisla selagi boleh menangis mama tetap akan hantar g sekolah. Bukan utk kebaikan mama tapi untuk kebaikan anak2 mama jugak satu hari nanti. Semoga Allah memberi semangat kepada anak2 ku agar mereka kuat dalam menghadapi dugaan hidup ini.
Ya Allah, terangkanlah hati anakku agar mereka mudah menerima ilmu yg dipelajari. Tenangkanlah hati mereka jika mereka merasa gelisah dan gembirakanlah hati mereka jika mereka merasa sedih dan berikanlah kesihatan yg baik buat mereka...Amin!!
Semoga lepas ni anak mama takkan menangis lagi apabila pergi ke sekolah.

kak, bukan orang dewasa sahaja terkesan dengan kematian, kanak2 juga. bila dia bercakap 'takut mama mati macam papa', pada saya ader underlying issue disitu. kita mungkin struggle to adjust life kiter, and grieving along the process, tapi kanak2 pun apa kurangnya. dia dah kehilangan ayah secara tiba2 (itu yang saya faham), kerana itu dia ada ketakutan perkara yang sama akan berlaku pada puan. itu adalah kebimbangan dan kerisauan seorang anak dalam menerima kematian. dia sudah hilang papanya, pastinya, dalam pemikiran seorang kanak2, dia juga akan kehilangan puan bila2 masa. dia sayangkan puan, kerana itu dia takut tinggalkan puan kerana dia takut akan kehilangan puan sebagaimana dia telah kehilangan ayahnya. peluklah dia, yakinkan dia. you always be there, dengan izin allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah he's getting better and better. Akak rujuk perkara ni ke psychiatrist sebab dah blur sgt2 kan. Anyway tq for your advice dear. Really appreciate it.
ReplyDelete