Hari nie (23/5/2013) ada perjumpaan ibu bapa dan guru kelas di sekolah Faris. Nak tahu result periksa mid-term dia, keadaan dia dalam kelas dan macam-macam lagila. Aku tak expect banyak dari dia sekadar cukup makan pun jadila. Memang tak pressure pun dia sangat (atas nasihat doc kaunseling dan guru kelas dia jugak) janji dia mahu g sekolah dan tak melalak lagi dan tak lari lagi dan tak perlu tarik keluar dari kereta dan tak tarik kain mama dia nie. Tapi alhamdulillah result dia mmg mengejutkan walaupun bukanlah no. 1 tapi atleast memberangsangkan...mcm cikgu kelas dia cakapla "agak bagus jika nak fikirkan keadaan dia masa mula-mula sekolah dulu". Yes...i'm proud of him. A for maths, sains, bm, muzik....B for agama, pjk, seni, arab dan C utk english. Ok now aku dah tau subjek yang dia lemah so aku akan focus pada subjek tue dan cari the best method untuk ajar dia.
Sebenarnya nak cerita pasal perasaan aku masa pergi perjumpaan tue. Terasa sangat bila yang datang tu berpasangan. Sayu rasa hati dan kesian sangat pada Faris kerana apa saja aktiviti di sekolah takkan ada papa dia hanya ada mama saja. Disebabkan rasa sedih, airmata pun mulala bergenang...so nak elakkan dari berlakunya banjir di sekolah tue aku whatsapp dengan member baikku yang berada jauh di Phnom Penh (sungguh canggih zaman sekarang...yang jauh pun terasa dekat)...beginila dialog kami:-
Me : Beb sedihnya aku. G perjumpaan ibubapa dan guru kelas anak. Orang lain datang berpasangan aku sorang-sorang je. Airmata aku bergenang nie marila hiburkan hati aku. Cepat wey nanti hujan lebat.
MF : Alah ko nie diaorang tue saja nk ponteng keje tu yang pi berdua-duaan. Aku pun selalu p sekolah anak sorang-sorang gak. (Ok nie ayat penyedap hati)
Me : Iyala masa aku pregnant dulu sorang-sorang gak g check up sebab amie keje kan kan kan (lagi ayat penyedap hati)
MF : Ha...tau pun. Aku pun sama. Yang penting Faris dapat result ok.
Me : Tak tau la beb. Apa saja result dia aku terima. Ko taula dia masa mula-mula melalak g sekolah.
MF : Takpe jangan push dia.
Me : Tapi hati aku nie jahatla wey. Bila aku fikir positif hati aku nie cakap lain.
MF : Hati kita nie memang jahat beb. Aku kadang-kadang pun berperang dengan hati sendiri. Kan kata bidalan ikut rasa hati mati.
Me : Tue la pasal hati memang jahat. Dah la hitam legam....hahaha
(setakat ini saja kerana perbualan yg lain dah tiada kena mengena dgn ini cerita...hehehe)
Begitula lbh kurang msg kami. Setia menemani sepanjang aku menunggu giliran dan menceriakan hati yang gundah gelana nie dgn bermacam-macam cerita.
Betulla kata2 ini....
Nampak gayanya hati nie masih lagi rapuh masih lagi menangisi akan pemergiannya....
I miss you more than words can say
Al-Fatihah Sayang
Read More