Hari Jumaat (21 Okt 2011) g jalan2 ke Mines, Serdang lepas balik kerja. Masa lalu depan Mcdonald ada satu booth (kedai kecil) yang jual kereta remote control. Macamana ntah Faris boleh ternampak plak kereta remote 'Cars"...apalagi dia punyala mintak kt papanya. Jenuhla nk pujuk budak kecik tue tp akhirnya berjaya gak.
Ingatkan dah abis citer rupa-rupanya belum lagi. Masa bagi dia tidur...dia mention about that car again....adoiii budak nie. Pujuk lagi sekali dan ubah topik akhirnya tidur gak dia.
Keesokkan harinya sebaik saja dia bangun tidur...soalan pertama keluar dr mulut dia..."mama kenapa tak bagi Faris beli car tue??"....alahai Faris dan dari pagi sampai la ke tgh tak abis2 mulut dia tanya pasal kereta tue. Dan yg paling tak disangka rupa2nya dia boleh call papanya mintak belikan kereta tu using his own money....hehehee
Dan sebaik saja papanya balik dr keje kami pun pegi la ke mines untuk belikan kereta remote tue....suka sgt dia even kami tunjuk kt dia yang duit dia dlm wallet ben10 dah abis so no more toys after this....we'll wait n see :))
Inila kereta yang dia nak sangat tue sampai sanggup korbankan duit sendiri...hehehe

No comments:
Post a Comment