Monday, 27 May 2013

Magic Pan...



Nama sebenarnya HIG Double Grill Pan tapi aku panggil magic pan sebab ianya boleh digunakan untuk macam-macam jenis masakan bukan setakat panggang ikan, ayam, udang etc malah boleh digunakan untuk masak kek (pengganti oven) dan juga boleh menggoreng sebab itula saya panggil magic pan...hehehe. Kalau tak percaya boleh rujuk blog kak ita nie...lengkap dengan segala penerangan dan kalau berminat boleh order dgn dia. Tapi aku sebenarnya order direct dengan akak Intan Shafinaz nie. Memang servis terbaik sebelum dan selepas beli. Pendek kata dah jadi macam kawan plak sebab akak nie memang ramah orangnya...hehehe


 




Ok ini antara-antara masakan yang aku dah try dengan magic pan nie. Kualiti gambar memang kurang menarik maklumla guna camera hp biasa je. Memang mudah guna magic pan nie, menjimatkan masa sebab ia masak dengan cepat dan dapur pun takde selerak dan kotor. 



Ikan panggang




breakfast request by my big boy




Ikan masak stim (but my boy called it ikan masak sup) - dah jadi menu fave dia plak sekarang






Read More




Friday, 24 May 2013

Tuhan Jagakan Dia...





by Motif Band

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia 
Dia kekasihku 'kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu

Tuhan jagakan dia 
Dia kekasihku 'kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

"saat tiada lagi waktu untuk kita berjalan seiring
saat tiada lagi waktu buat kita berkongsi cerita girang
cukup saja kurapatkan jari jemariku....menangkupkannya
lalu mendoakan dirimu...dengan cara itu aku memohon...
memohon agar Dia selalu menjagamu"

Tuhan jagakan dia 
Dia kekasihku 'kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia 
Dia kekasihku 'kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku 








I miss you more than words can say
Al-Fatihah Sayang






Read More




Hari Yang Mendung, Cerah, Mendung...

Hari nie (23/5/2013) ada perjumpaan ibu bapa dan guru kelas di sekolah Faris.  Nak tahu result periksa mid-term dia, keadaan dia dalam kelas dan macam-macam lagila.  Aku tak expect banyak dari dia sekadar cukup makan pun jadila.  Memang tak pressure pun dia sangat (atas nasihat doc kaunseling dan guru kelas dia jugak) janji dia mahu g sekolah dan tak melalak lagi dan tak lari lagi dan tak perlu tarik keluar dari kereta dan tak tarik kain mama dia nie.  Tapi alhamdulillah result dia mmg mengejutkan walaupun bukanlah no. 1 tapi atleast memberangsangkan...mcm cikgu kelas dia cakapla "agak bagus jika nak fikirkan keadaan dia masa mula-mula sekolah dulu".  Yes...i'm proud of him.  A for maths, sains, bm, muzik....B for agama, pjk, seni, arab dan C utk english.  Ok now aku dah tau subjek yang dia lemah so aku akan focus pada subjek tue dan cari the best method untuk ajar dia.  

Sebenarnya nak cerita pasal perasaan aku masa pergi perjumpaan tue.  Terasa sangat bila yang datang tu berpasangan.  Sayu rasa hati dan kesian sangat pada Faris kerana apa saja aktiviti di sekolah takkan ada papa dia hanya ada mama saja.  Disebabkan rasa sedih, airmata pun mulala bergenang...so nak elakkan dari berlakunya banjir di sekolah tue aku whatsapp dengan member baikku yang berada jauh di Phnom Penh (sungguh canggih zaman sekarang...yang jauh pun terasa dekat)...beginila dialog kami:-


Me : Beb sedihnya aku. G perjumpaan ibubapa dan guru kelas anak. Orang lain datang berpasangan aku sorang-sorang je. Airmata aku bergenang nie marila hiburkan hati aku. Cepat wey nanti hujan lebat.

MF : Alah ko nie diaorang tue saja nk ponteng keje tu yang pi berdua-duaan. Aku pun selalu p sekolah anak sorang-sorang gak. (Ok nie ayat penyedap hati)

Me : Iyala masa aku pregnant dulu sorang-sorang gak g check up sebab amie keje kan kan kan (lagi ayat penyedap hati)

MF : Ha...tau pun. Aku pun sama. Yang penting Faris dapat result ok.

Me : Tak tau la beb. Apa saja result dia aku terima. Ko taula dia masa mula-mula melalak g sekolah.

MF : Takpe jangan push dia.

Me : Tapi hati aku nie jahatla wey. Bila aku fikir positif hati aku nie cakap lain.

MF : Hati kita nie memang jahat beb. Aku kadang-kadang pun berperang dengan hati sendiri. Kan kata bidalan ikut rasa hati mati.

Me : Tue la pasal hati memang jahat. Dah la hitam legam....hahaha



(setakat ini saja kerana perbualan yg lain dah tiada kena mengena dgn ini cerita...hehehe)


Begitula lbh kurang msg kami.  Setia menemani sepanjang aku menunggu giliran dan menceriakan hati yang gundah gelana nie dgn bermacam-macam cerita.

Betulla kata2 ini....



Nampak gayanya hati nie masih lagi rapuh masih lagi menangisi akan pemergiannya....







I miss you more than words can say
Al-Fatihah Sayang










Read More




Sunday, 19 May 2013

Syukur Alhamdulillah



Semalam anak bujang balik sekolah ngadu demam.  Memang agak panas badan dia tapi nak jugak ajak pergi kedai untuk cari hadiah sempena hari guru.  Hari Isnin nie ada sambutan hari guru di sekolah excited nak bagi hadiah.  Pujuk baik-baik ajak balik rumah dulu mengamuk taknak nak jugak pergi kedai.  Sudahnya singgahla giant dan beli ala kadar je sebab dia tak larat nak jalan.  Semua hadiah sama je sebab tak dapat nak memilih sangat pun.  Balik rumah bagi mandi bagi makan lepas tue bagi makan ubat...alhamdulillah de perubahan.  Tapi bila tengah malam naik balik panas badan (actually tak panas sgt pun).  Yang peliknya panas dari pinggang ke kepala je kaki ok.  Risau dah tak boleh jadi nie esok (hari ni) nak kena bawak ke klinik gak nampak gayanya.

Pagi lagi dah kejut dia mandi, bagi makan terus bawak ke klinik.  Terjawab segala pertanyaan dan kerisauan dihati nie.  Rupanya dia dehidrat bukan demam.  No wonder la selera makan takde rupa orang sakit bertambah-tambah je makannya.  Dan dia keletihan sebab kurang air. Sebab tue badan dia panas dari pinggang ke kepala dan tak demam pun 36c je.  Doc kata cuaca sekarang terlalu panas jadi memang kena banyak minum air.  Doc pesan dekat dia pergi sekolah kena bawak air masak tak boleh bawak air sirap ke air oren ke...hehehe.  Dapatla ubat cair kahak sebab dia batuk, ubat selsema dan jugak ubat demam untuk standby just in case tiba-tiba demam plak.  So balik je klinik sampai sekarang memang dia asyik minum air masak je dan alhamdulillah nampak la perubahannya.  Semalam hanya terbaring sekarang nie siap melompat, memanjat dan boleh main-main dah.  Syukur ke hadrat Mu Ya Allah yang memakbulkan doaku agar anak-anak sentiasa sihat dan memudahkan segala urusanku....syukur sangat-sangat.



Ini saja hadiah yang mampu disediakan untuk cikgu-cikgu Faris...ala kadar saja.










I miss you more than words can say
Al-Fatihah Sayang


Read More




Saturday, 18 May 2013

My Love...


I try to sleep
I can't
I ask you to talk to me
You don't

I'm sick with flu, diarrhoea and cold
And it is days like this when I seem to miss you more than ever

But you are not here and I'm having a little sad

But even while I cry and mope and generally feel sorry for myself
I know that I will be ok...

Maybe not today, but tomorrow is another day.

and I sleep

Fitfully...but I sleep




beautiful letter...






I miss you more than words can say
Al-Fatihah Sayang

Read More




Rindu...

Rindunya nak update blog.  Dah lama sangat rasanya tak update.  Bukan takde cerita tapi bz nya mengalahkan menteri.  Macam-macam cerita ada....dari yang happy yang tak happy pun ada.  Baru-baru nie sempena Mother's Day dapat kad dari anak bujang tersayang...semangat btol dia buat kad tue penuh dengan love...sayang sangat2 kat mama ek?? Harap sayang mama sehingga ke akhir hayat Faris ek...InsyaAllah.  Nak upload gambar malas betul...apa nak jadi ntah.  

Sekarang nie di ofis tengah bz mengemas dan memasukkan barang-barang ke dalam kotak sebab telah 'dihalau' keluar dari bangunan lama ke bangunan baru.  Wpun bangunan lama tapi lagi selesa rasanya dari bangunan baru wpun bilik baruku mempunyai pemandangan dan berdindingkan tingkap bkn seperti bilik skrg nie yg berdindingkan batu konkrit...memang tak menarik langsung.  Malasnya nak mengemas masuk dalam kotak lepas tu nak mengemas balik nak keluarkan barang dari kotak plak...MALAS LAGI!!!!!!

Minggu depan dah start cuti sekolah.  Cuti pun dah lulus tapi nak kemana tak tahu lagi.  Sekarang nie nak bercuti kena tunggu orang ajak.  Kalau nak bercuti dengan anak-anak je memang takkan dapat kelulusan dari keluarga tercinta....alasannya :- anak-anak kamu tu kecik lagi boleh ke nak handle?  Ok faham maksudnya tue.  Mulala terasa kehilangan sangat-sangat nie.  Kalau takde plan seperti biasa bawak anak-anak balik kampung je la.  

Okla stop sekejap...nak layan running man kat One HD nie.  Sejak dua menjak nie terasa rindu sangat-sangat pada dia.  Tiap-tiap malam menangiskan dia.  Teringat kata-kata Ustaz Don "Jika kita rindu pada yang telah tiada letak tangan didada sambil berzikir dan niat dihati supaya rindu kita sampai pada dia" (lebih kurang begitula ayatnya).  So nak hilangkan sedih-sedih nie nak ketawa pulak malam nie.  Marila layan running man marathon sampai lebam mata tue.





Read More




Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML