Saturday, 18 May 2013

Rindu...

Rindunya nak update blog.  Dah lama sangat rasanya tak update.  Bukan takde cerita tapi bz nya mengalahkan menteri.  Macam-macam cerita ada....dari yang happy yang tak happy pun ada.  Baru-baru nie sempena Mother's Day dapat kad dari anak bujang tersayang...semangat btol dia buat kad tue penuh dengan love...sayang sangat2 kat mama ek?? Harap sayang mama sehingga ke akhir hayat Faris ek...InsyaAllah.  Nak upload gambar malas betul...apa nak jadi ntah.  

Sekarang nie di ofis tengah bz mengemas dan memasukkan barang-barang ke dalam kotak sebab telah 'dihalau' keluar dari bangunan lama ke bangunan baru.  Wpun bangunan lama tapi lagi selesa rasanya dari bangunan baru wpun bilik baruku mempunyai pemandangan dan berdindingkan tingkap bkn seperti bilik skrg nie yg berdindingkan batu konkrit...memang tak menarik langsung.  Malasnya nak mengemas masuk dalam kotak lepas tu nak mengemas balik nak keluarkan barang dari kotak plak...MALAS LAGI!!!!!!

Minggu depan dah start cuti sekolah.  Cuti pun dah lulus tapi nak kemana tak tahu lagi.  Sekarang nie nak bercuti kena tunggu orang ajak.  Kalau nak bercuti dengan anak-anak je memang takkan dapat kelulusan dari keluarga tercinta....alasannya :- anak-anak kamu tu kecik lagi boleh ke nak handle?  Ok faham maksudnya tue.  Mulala terasa kehilangan sangat-sangat nie.  Kalau takde plan seperti biasa bawak anak-anak balik kampung je la.  

Okla stop sekejap...nak layan running man kat One HD nie.  Sejak dua menjak nie terasa rindu sangat-sangat pada dia.  Tiap-tiap malam menangiskan dia.  Teringat kata-kata Ustaz Don "Jika kita rindu pada yang telah tiada letak tangan didada sambil berzikir dan niat dihati supaya rindu kita sampai pada dia" (lebih kurang begitula ayatnya).  So nak hilangkan sedih-sedih nie nak ketawa pulak malam nie.  Marila layan running man marathon sampai lebam mata tue.








Subscribe to Our Blog Updates!




Share this article!

No comments:

Post a Comment

Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML