Semalam hantar Faris ke kelas tuition. Semangat dia tahun nie nak ke kelas tuition. Mama harap bukan hangat-hangat taik ayamla ek sayang. Tahun lepas dia kena demam denggi masa final exam so bila result keluar agak mengecewakan bagi dia. Bagi aku result dia not so bad. Disebabkan result yang mengecewakan dia turun kelas this year. Agak sedih jugak sebab tengok dia kecewa sangat tapi nak buat macamana dia sakit masa tu dan dia pun banyak sangat mainnya. Ambil mudah jugak nak suruh study punyala payah. Bila dah jadi macam ni nak sedih sangat pun tak guna. Benda dah jadi pun. Nasihat mama pada Faris, jadikan perkara ni sebagai satu pengajaran yang amat berharga. Pelajaran itu penting bukan untuk mama tapi untuk diri sendiri.
So tahun nie dia minta tuition. Katanya nak naik kelas balik dan nak dapatkan result yang bagus. Ok mama turutkan kemahuan Faris. Benda baik apa salahnya tapi must take it seriously. No more main-main ikut sukahati. Aku tak harapkan dia dapat kelas terbaik ke pelajar terbaik/cemerlang ke, walaupun itu of course impian semua parents di dunia nie tp I know my children, setakat mana kemampuan dia. Paksa pun tak guna nanti akan buat dia jadi stress. So I leave it to him, just guide dia. Benda baik ok je kalau benda tak baik memang kenala jugak dengan mama. Apa saja result exam yang dia dapat aku terima asalkan dia dah berusaha. So far aku belum pernah lagi marah dia bila result dia tak ok. Walaupun aku rasa a little bit disappointed tapi bagi aku nak marah macam orang giler tak guna but I told my boy how I feel...kecewa! At least dia kena tau apa perasaan mama dia nie supaya dia tak ambil mudah.
Anyway, aku hanya nak yang terbaik untuk anak-anak aku. Ilmu itu penting dalam hidup kerana tanpa ilmu kita bagaikan tin kosong. Aku berdoa anak-anak aku akan sentiasa menyintai ilmu dan tak akan berhenti menimba ilmu. Of course la ilmu yang baik dan berguna :D






