Kerana kasihMU padaku, ujian kau titipkan tanda ingatan, kerana sayangMU padaku, mehnah kau anugerahkan sebagai pedoman..
Saat yang lain menjauh, KAU masih setia disitu, mendengar keluh-kesah hatiku, mendengar segala luahanku, mendengar rintihan dan ratapan hatiku, mendengar doa-doaku, permintaanku.
Dalam mencari cintaMU, kadang² aku penat dan lelah, tapi KAU tak pernah lelah menanti, kerana kasih dan sayangMU padaku hambaMU. KAU tak pernah jemu dan kau sentiasa setia disisi.
Yang susah dimiliki itu sesuatu yang berharga...kerana itu cintaMU adalah cinta yang hakiki.. cinta yang paling berharga antara semua cinta di dunia.
No comments:
Post a Comment