Esok dah mula berpuasa. Dan esok adalah pertama kali aku berpuasa tanpa seorang suami. Dan esok jugak adalah permulaan puasa buat Faris. Hopefully anak bujangku berjaya puasa penuh utk hari pertama but no pressure he still 6yrs.
Esok mesti terasa giler berpuasa tanpa dia. Selalunya dia la yg rajin g pasar ramadhan cari juadah utk berbuka. Dia jugakla yg rajin bg idea nk masak apa untuk berbuka. Dan dia jugak la yg sibuk cari kurma sehari sblm puasa. Tp semuanya hanya kenangan skrg nie. Sekarang nie aku la yg kena g beli kurma n aku jugakla yg akan sibuk ke pasar ramadhan cari juadah srg2 diri....uwaaaa!!! Nasib baik puasa tahun lepas sempat buat karipap sardin utk dia sbb dia komplen karipap sardin kt pasar ntahapahapantah hanya de kentang je. Puas la dia makan karipap hasil tangan isteri dia nie wpun tak sesedap mana tp dia suka sgt sbb tiap2 hari dia mintak buat lagi. Sedihnya bila memikirkan nasib diri ni. Tapi aku yakin Allah tahu pe yg terbaik buat aku dan anak2....insyaallah.
Ya Allah, Kau berilah aku sepenuh kekuatan utk aku menjalani ibadah puasa ini. Semoga aku tabah dan sabar dalam menjalani kehidupan yg mendatang ini, dalam membesarkan anak2 tanpa dia. Semoga Kau redha dgn diriku ini Ya Allah dan Kau permudahkanlah segala urusanku Ya Allah....Amin!!

Ina ..semoga sentiasa cekal dalam mengharungi kehidupan, boley dikenang sejarah lama sebagai penambah kekuatan di masa dpn ..jgn tertewas dgn kisah silam..kerana kehidupan masih panjang perjalanannya..semoga ramadan dan syawal kali ini akan terciptanya sinar kebahagian tersendiri buat ina dan anak2 ...selamat berpuasa!!! =)
ReplyDeleteTq kak...semoga saya akan terus tabah demi anak2.
ReplyDeleteu r strong, my fren... semoga ko terus kuat kay demi arwah n anak2.. walaupun entry ko ni buat aku bergenang air mata.. ko jgn sedih2 ya.. aku doakan ko sentiasa happy esp bila raya nnt..
ReplyDeletethank u Fie. U r such a good friend. salah satu hikmahnya kejadian nie aku dpt ramai kawan yg sentiasa menyokong aku including u...thank u again!
ReplyDelete