Wednesday, 25 July 2012

Pajeri Nenas Resipi Ibunda Tercinta...

Bila bulan puasa nie tengok gambar pun boleh jadi teringin. Gara-gara membelek majalah masakan ternampakla pajeri nenas. Tanpa membuang masa lepas ambik Faris balik sekolah terus singgah kedai beli nenas, kerisik dan santan. Macam terror je nak masak kan. Tapi terpaksa gak la menggagahi diri untuk masak sebab mana nak cari bulan2 puasa nie. Satu pujian buat diri sendiri kerana berjaya jugak akhirnya masak walaupun tidak sesedap masakan ibunda tercinta tapi bagi diriku tetap sedap...huhuhu



Bahan-bahan
1 biji nenas (potong kecil)
3 cawan santan pekat
1 inci halia
5 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuh)
1 s/b udang kering (tumbuk)
1cm kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
6 s/b rempah kari ikan (bancuh dgn air)
4 s/b minyak
2 s/b gula merah/putih (I prefer putih)
2 s/b kerisik
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Tumis bahan tumbuk, kulit kayu manis, bunga lawang & rempah kari sehingga wangi.
2. Masukkan kerisik dan nenas.
3. Kacau rata supaya rempah tidak melekat pada periuk.
4. Masukkan santan & garam serta gula.
5. Masak sehingga kuah pekat & naik minyak.

*selain nenas boleh jugak guna terung, mangga or buah kedondong




Subscribe to Our Blog Updates!




Share this article!

2 comments:

Return to top of page
Powered By Blogger | Design by Genesis Awesome | Blogger Template by Lord HTML